PEPERANGAN BADAR
Posted by BKMIP
Firman Allah swt didalam Al-Quran:
Yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu ketika itu adalah orang-orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya”. (Ali Imran:123)
Perang Badar merupakan “purnama” dalam sejarah kemanusiaan yang menerangi jalan para penempuh jalan.
Perang Badar merupakan “purnama” yang bersinar dilangit dan diraikan oleh para malaikat. Para malikat yang ikut serta dalam peperangan ini menjadi para malaikat yang palin utama.
Perang Badar juga mereupakan “purnama” dibumi dan dikalangan penduduknya. Orang-orang yang ikut serta benar-benar menjadi purnama yang cahayanya menerangi seluruh isi kehidupan mereka.
Perang Badar merupakan “purnama” yang menjadi garis pemisah antara kebenaran dan kebatilan. Juga menjadi mahkota kebanggaan diatas setiap pahlawan yang ikut serta berjuang didalamnya, dan didalam masyarakat Islam tidak ada seorang pun yang dapat mengungguli keutamaan para mujahidin Badar.
PERANG BADAR KUBRA
17 RAMADHAN TAHUN KEDUA HIJRAH.
(Sebab Terjadinya Peperangan dan sasarannya)
Sesungguhnya antara Rasulullah saw dan puak Quraisy sedang dalam keadaan perang sejak hari pertama Nabi saw melakukan hijrah ke Madinah. Dalam keadaan perang harta dan darah musuh adalah dihalalkan. Apalagi jika kita ketahui bahawa sebahagian harta yang ada didalam kafilah-kafilah dagang Quraisy itu milikkaum Muhajirin dari kalangan kaum Muslimin Mekah. Harta itu dikuasai kaum Musyrikin Mekah secara aniaya dan tidak sah.
Sejak lama pemusuhan antara kaum Muslimin dan Musyrikin berlangsung, kaum Musyrikin sentiasa berusaha untuk memusuhi dan menghalangi tersiarnya Islam dengan pelbagai cara. Mereka menghamburkan harta yang banyak demi untuk memenuhi hasrat mereka dan untuk tujuan melemahkan potensi kaum Muslimin. Mereka juga tidak putus-putus menyeksa dan mengadakan gangguan serangan di perbatasan kota Madinah
Pada hari ke 12 bulan Ramadhan tahun ke2 hijrah Rasulullah saw menfetahui bahawa kafilah dagang Quraisy datang dari Syam, lalu Rasulullah saw bersabda kepada kaum Muslimin yang ada disisinya.
“Ini adalah kafilah dagang Quraisy yang membawa harta kekayaan mereka. Keluarlah kepadanya, mudah-mudahan Allah menjadikannya sebagai pampasan bagi kalian.”
Perlu disebutkan bahawa kafilah ini tidak seperti kafilah-kafilah yang lain. Bila menguasainya maka akan mematikan bagi perekonomian Quraisy. Keran didalam kafilah dagang ini terdapat 1000 ekor unta dan 50,000 dinar emas.
Kaum Musyrikin mengungkapkan tentang bahaya penguasaan terhadap kafilah ini dengan perkataan mereka: “jika Muhammad berhasil menguasainya maka kalian tidak akan berjaya selamanya”.
Perang Badar merupakan peperangan bersenjata yang pertama kali berlaku diantara pembela kebenaran dan pendukung kebatilan. Keran didalam pertempuran inilah ditentukan nasib kaum Mu’minin dan Musyrikin. Sehinggan Nabi saw bermunajat dengan doa agar Allah memberikan kemenangan yang besar kepada kaum Muslimin.
Orang yang pernah membaca sirah Nabi saw didalam perang Badar dan semua perang yang pernah dilakukannya, pasti akan mengetahui betapa besar perhatian Nabi saw teerhadap langkah dan pelbagai tektik peperangan dan analisis terhadap pergerakan musuh. Oleh sebab inilah Rasulullah menghantar sebilangan kecil pasukannya untuk mengintai pasukan musuh. Pada kebiasaannya sebelum keberangkatan pasukan perang, Rasulullah saw akan mengutus satu pasukan kecil untuk menjelajah wilayah dihadapannya, sebagai langkah terhadap serangan hendap dan sebagai langkah berjaga-jaga.
Ketika Nabi saw mendengar berita mengenai kemaraan tentera Quraisy dibawah pimpinan Abu Sufian, Nabi berbincang dengan para sahabatnya, baginda ingin mengetahui bagaimanakah sambutan kaum Ansar terhadap gagasan baginda untuk membela Nabi di negeri mereka.
Sewaktu hendak berangkat dari kota Madinah baginda mengajukan adakah kaum Muhajirin berkesanggupan untuk berperang. Baginda mengulanginya sehingga 3 kali untuk mengetahui pendapat mereka. Kaum Muhajirin bersetuju dan sanggup bersama-sama Nabi menghadapi musuh Islam didalam peperangan ini, setelah melihat persetujuan kaum Muhajirin, kaum Ansar baru mengerti bahawa pertanyaan Nabi ini sebenarnya ditujukan kepada kaum Ansar. Lantas Saad bin Muaz bangkit dan berkat: “Ya Rasulullah, seolah-olah engkau mengkehendaki kami. Mungkin engkau takut jika kaum Ansar tidak akan membelamu kecuali dinegeri mereka sahaja. Aku berbicara atas nama kaum Ansar dan aku menjawab atas nama mereka.
Pergilah kemana saja sesukamu, sambunglah tali persahabatan yang engkau senangi dan putuskan tali yang engkau senangi. Ambillah dari harta kami sesukamu dan berikan kepada sesiapa sesuka hatimu. Apa yang engkau ambil dari harta kami itu lebuh kami senangi daripada engkau sisakan. Segala perintahmu akan kami laksanakan. Demi Allah jika engkau berjalan sampai Brakal Ghamad (Yaman) pasti kami akan berjalan bersamamu dan jika engkau mengajak kami untuk mengharungio lautan ini pasti kami akan mengharunginya bersamamu pula”.
Berkata pula Miqdad ibnul Aswad sebagai sambutan selepas Saad bin Muaz:
“Kami tidak akan mengatakan seperti apa yang dikatakan oleh kaum Musa kepada Musa: “Pergilah engkau beserta Tuhanmu dan berperanglah engkau berdua dan kami akan duduk disini”. Tetapi kami…..akan berperang disisimu kanan, kiri, depan dan belakangmu.”
Ketika Nabi saw mendengar penyataan para sahabatnya baginda bergembira dan baginda berkata sambil muka yang berseri-seri: “Berangkatlah kalian dan bergembiralah kalian”.
Semasa kaum Muslimin berangkat ke medan peperangan Badar, seorang pemuda yang berumur 16 tahun, namanya Umairf bin Abi Waqas, takut kalau kalau dia tidak dibenarkan menyertai peperangan kerana disebabkan faktor umurnya yang masih muda.
Kerana itulah beliau keluar dengan cara sembunyi-sembunyi agar tidak diketahui oleh sesiapa pun. Abangnya (Saad bin Abi Waqas) yang melihat hal itu bertanya apakah sebab beliau bersembunyi-sembunyi begini? Jawab Umair: “Aku takut kalua Nabi menyuruhku kembali sedangkan aku ingin mati syahid di medan petempuran”.
Apabila Nabi mengetahui kejadian itu beliau hampir sahaja menyuruhnya kembali ke Madinah kerana Umair bin Abi Waqas masih belum cukup umurnya untuk berperang. Namun kerana Umair menangis minta diizinkan oleh Nabi untuk ikut berperang, Nabi kasihan melihatnya dan terharu diatas semangat jihad dan kesungguhan Umair, akhirnya Nabi membenarkannya. Maka terkabullah cita-cita Umair dan beliau adalah salah seorang yang gugur di medan peperangan Badar sebagai syahid.
PERBEZAAN JUMLAH DAN PELENGKAPAN PEPERANGAN ANTARA KAUM MUSLIMIN DAN KAUM MUSYRIKIN
Setelah lengkap segala persiapan, Nabi saw beserta kaum Muslimin hanya berjumlah 313 orang. Dan dari jumlah yang sebesar itu, yang bekenderaan kuda hanya 2 orang sahaja, dan yang berkenderaan unta hanya 70 orang, dan yang selebihnya tidak berkenderaan. Mereka bergilir-gilir dengan orang yang menaiki kenderaan. Satu-satu kenderaan adakalanya dinaiki sehingga 2-3 orang secara bergantian. Tidak ada perbezaan antara tentera dan pemimpinnya. Bahkan Rasulullah saw pun bergantian dengan Abu Bakar, Umar dan sahabat-sahabat besar lainnya.
Nabi memberikan panji-panji Islam kepada Musa’ib dan Umair. Dan bendera Muhajirin diserahkan kepada Ali bin Abi Thalib dan bendera kaum Anshar diberikan kepada Saad bin Muaz.
Apabila Abu Sufian mendengar khabar berita keluarnya pasukan Islam, ia memilih jalan pesisiran pantai sehingga ia selamat. Setelah kafilah dagang yang dipimpinnya merasa selamat dari kejaran kaum Muslimin, ia menulis surat kepada kaum Quraisy yang tengah dalam perjalanan ke Badar. Dalam surat itu ia menasihatkan sebaiknya tentera Quraisy balik ke Mekah, kerana kafilah dagang mereka telah selamat. Dan pasukan Quraisy hampir-hampir sahaja berpatah balik ke Mekah jika tidak dihalangi oleh Abu Jahal. Jumlah pasukan Quraisy waktu itu lebih dari 1000 orang. Bergabung didalamnya sejumlah pemuka-pemuka Quraisy dan pahlawan-pahlawan mereka. Sepertimana yang disyaratkan oleh Nabi saw dalam pesanannya kepada kaum Muslimin sebelum peperangan: “Inilah kota Mekah telah mengerahkan kepadamu seluruh inti-inti pasukan”.
Kaum Quraisy tetap meneruskan perjalannya sehingga sampai di lembah Badar. Sedangkan kaum Muslimin berhenti di lembah Badar yang lain. Ketika kaum Muslimin berhenti disana Khubab ibnul Munzir berkata kepada Rasulullah saw:
“Ya Rasulullah, adakah tempat yang kami berada ini suatu tempat yang ditunjukkan oleh Allah yang kami tidak dapat melanggarnya sedikit pun ataukah hanya tempat yang engkau pilih mengikut pendapatmu sendiri dan taktikmu? Jawab Nabisaw: “Tempat ini ku pilih menurut fikiranku”
jawab Khubab: “Tempat ini tidak strategik untuk berperang”.
Kemudian dia menunjukkan tempat yang lebih strategik. Anjuran Khubab itu disambut oleh Rasulullah dengan gembira sekali dan segera baginda bangkit menuju ketempat yang ditunjukkan oleh Khubab yang mana merupakan tempat yang lebih dekat dari sumber air dari kaum Quraisy.
Ini menunjukkkan sifat Rasullulah yang menerima cadangan dari para sahabatnya dan tidak mementingkan diri baginda tanpa mengira siapa, jika syor itu pada pendapatnya boleh mendatangkan kebaikan, maka syor itu diterima dengan hati terbuka dan gembira.
Akhirnya Rasulullah beserta pasukannya sampai lebih dahulu ke tempat mata air ditengah malam. Kemudian kaum Muslimin membuat kolam-kolam air. Pada malam harinya Allah menurunkan hujan di sekitar daerah itu. Hujan itu menjadikan tempat kaum Musyrikin banjir sehingga mereka sukar untuk bergerak. Sebaliknya pula bagi kaum Muslimin, hujan tersebut merupakan satu rahmat dan dapat memandatkan pasir tempat mereka berpijak, sehingga mereka mudah bergerak maju dan hati mereka bertambah yakin dan kuat. Sehubungan dengan peristiwa ini Allah swt menurunkan ayat:
Yang bermaksud: “Dan Dia (Allah) menurunkan kepada kamu air (hujan) dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan untuk menghilangkan dari kamu bisikan-bisikan syaitan dan untuk memperteguhkan hati kamu dan memperteguh tempat berpijak kaki-kaki kamu dengannya.” (Al-Anfal:11)
Rasulullah sebagai panglima perang.
Rasulullah saw selain sebagai seorang Nabi yang bertugas menyampaikan risalah Allah kepada umat manusia. Baginda juga dapat menjadi panglima perang yang bijak mengenai seluk belok dan taktik peperangan. Baginda juga mampu menangkis serangan musuh dan dapat mengagak taktik musuh beserta perlengkapannya.
Antara persiapan peperangan ini ialah para sahabat membangaunkan satu tempat yang tinggi yangmana darinya Rasulullah dapat melihat dan menyaksikan peperangan dan memberikan segala arahannya. Kemudian Rasulullah saw menunjukkan tempat-tempat terbunuhnya musuh-musuh Islam. Dengan kekuasaan Allah mereka yang telah disebutkan namanya oleh Nabi itu mati dan terbunuh ditempat yang diisyaratkan oleh Nabi tanpa da yang tertinggal walau seorang pun.
Ketika barisan kaum Musyrikin mulai datang dan kedua pasukan saling berhadapan, baginda bermunajat dan seraya berdoa:
“Ya Allah, inilah kaum Quraisy yang datang dengan segala kecongkakan dan kesombongannya untuk memerangi Engkau dan mendustakan Rasulmu”.
Rasulullah melihat perbezaan yang amat jauh diantara kedua-dua belah pasukan. Baginda merasakan tiada jalan yang terbaik melainkan memohon agar Allah menghantarkan pertolongannya. Baginda benar-benar bertadharu’ dihadapan Allah memohon bantuan bagi tentera Islam yang jumlahnya serta perlengkapannya serba kekurangan.
Dalam doanya baginda berkata: “Ya Allah, jika Engkau binasakan pasukan ini (Islam) tak akan disembah lagi Engkau dimuka bumi ini. Ya Allah penuhilah janjimu kepadaku. Ya Allah, berikanlah pertolonganmu”.
Baginda berdoa sambil mengangkat tangannya keatas sehingga kain serbannya terjatuh dari bahu baginda. Melihatkan akan hal ini Abu Bakar sering menenangkan hati Nabi kerana merasa kasihan melihat Nabi memperbanyakkan bermunajat kepada Allah untuk memohon pertolongan.
Sewaktu kedua pasukan mulai hendak berperang, Nabi berseru untuk membakar semangat jihad kepada kaum Muslimin:
“Bangkitlah kalian menuju syurga yang seluas langit dan bumi”
Orang Islam yang pertama gugur syahid.
Setelah selesai Nabi berseru yang sedemikian tadi..Umair bin Humam al-Ashari bangkit dan bertanya kepada Nabi: “Ya Rasulullah apakah syurga itu seluas langit dan bumi?’’
Jawab Nabi: “Ya”
Kata Umair selanjutnya: “Sungguh untung,sungguh untung”
Tanya Nabi: “Apakah yang menyebabkan kamu berkata demikian?’’
Jawab Umair: “Aku berharap semoga aku termasuk orang yang memperolehi syurga”
Jawab Nabi: “Kamu adalah salah seorang yang mendapat syurga”.
Kemudian Umair mengeluarkan bekalannya iaitu beberapa biji kumar dan dimakannya. Kemudian ia berkata: “Kalau aku tunggu habisnya buah kurma ini beerti amat lama hidupku”.
Buah kurma itu segera dilemparkan ke tanah dan ia mara ke medan peperangan sehingga ia gugur sebagai syahid. Umair adalah orang pertama yang gugur sebagai syahid di medan peperangan Badar.
Semua pasukan tetap didalam barisan masing sambil berzikir dan tetap bersabat dan menyerahkan segala-galanya kepada Allah swt. Nabi sendiri mara kehadapan memerangi musuh dengan kesungguhan.
Dihari itu juga Allah menurunkan rahmatnya dan pertolongannya kepada kaum Muslimin. Allah menurunkan sejumlah malaikat yang ikiut berperang disamping kaum Muslimin. Kejadian ini dicatat oleh Allah dalam Al-Quran:
Ertinya: ‘Ingatlah, ketika Tuhanmu mewahyukan kepada para Malikat: Sesungguhnya Aku bersama kamu, maka teguhkanlah pendirian orang-orang yang beriman, kelak akan aku jatuhkan rasa ketakutan kedalam hati orang-orang kafir. Kerana itu penggallah mereka dan putuskanlah tiap hujung jari mereka”. (Al-Anfal:12)
Didalam peperangan ini juga membaranya semangat jihad yang meluap-luap disetiap hati kaum muslimin begitu juga dengan 2 orang anak remaja yang masing-masing berlumba-lumba untuk mencapai cita-cita mereka iaitu mati syahid.
Sehubungan dengan ini Abdurrahman bin Auf menceritakan:
“Di hari peperangan Badar ketika aku ditengah barisan, setiap kali aku menoleh jke kanan dan kekiriku aku dapati 2 orang pemuda yang masih muda sekali usianya. Aku khuatir akan keselamatan keduanya. Tiba-tiba salah seorang dari mereka membisikkan sesuatu ke telingaku: “Hai paman tunjukkan kepadaku yang manakah Abu Jahal itu? Jawabku: “Apa maksudmu dengannya?” jawab pemuda itu: “Aku telah bersumpah jika aku bertemu dengannya akan kubunuh atau aku mati syahid kerananya”. Kemudian kata seorang lagi seperti yang dikatakan oleh pemuda yang pertama tadi. Setelah dekat aku tunjukkan kepada kedua pemuda si Abu Jahal itu. Keduanya segera menyerang Abu Jahal dengan pedangnya seolah-olah dua ekor rajawali. Kedua pemuda itu adalah dua bersaudara ibnu Afra”.
Setelah Abu Jahal terbunuh, Rasulullah saw menyambutnya dengan sabdanya:
“Abu Jahal ini adalah Fir’aunnya umat ini”.
Akhirnya kemenangan di medan pertempuran Badar berpihak kepada kaum Muslimin. Maha besar Allah, dia menunjukkan kekuasaannya, yangmana kaum Musyrikin sudah berkira-kira bahawa kemenangan akan menjadi milik mereka, mereka mempersiapkan segalanya demi menyambut kemenangan itu, tetapi akhirnya kebenaran tetap berada diatas kebatilan.
Rasulullah saw berseru: Ertinya: “Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janjiNya dan menolong hambaNya serta mengalahkan musuhNya.”
Didalam peperangan ini kaum musyrikin Quraisy terbunuh sebanyak 70 orang dan tertawan 70 orang. (Sahih Bukhari dari Barra’bin Azib)
Kaum Muslimin yang gugur syahid pula hanya seramai 14 orang sahaja. Enam orang dari kaum Muhajirin dan 8 orang dari kaum Anshar.
Pengaruh Perang Badar.
Setelah kaum Muslimin memperolehi kemenangan di Badar, Rasulullah dan pasukannya kembali semula ke Madinah. Semua yang memusuhi baginda mula merasa gentar dan takut untuk memusuhi kaum Muslimin. Dengan sebab ini juga jumlah orang yang memeluk Islam semakin bertambah.
Sebelum Rasulullah saw tiba di Madinah, baginda mengutus 2 orang utusan untuk menyampaikan khabar gembira mengenai peperangan ini. Salah seorang dari utusan itu ialah Abdullah bin Rawahah. Abdullah berseru kepada orang-orang Madinah:
Ertinya: “Hai kaum Anshar, bergembiralah kalian dengan kemenangan Nabi Muhammad saw. Dan terbunuh, dan tertawannya kaum Musyrikin”
Kemudian Abdullah menyebutkan nama beberapa pemuka Quraisy yang terbunuh di Badar. Berita tersebut dikhabar kesetiap rumah orang Anshar. Berita itu disambut dengan nyanyian pantun oleh anak-anak kecil bagi menunjukkan kegembiraan dan kesyukuran. Sebahagian dari mereka masih ada yang ragu-ragu dan sebilangan mereka pula yakin dengan berita yang disampaikan oleh Abdullah itu. Sehinggalah tibanya kedatangan Nabi saw dengan sejumlah tawanan yang diawasi oleh Syarqam. Baginda disambut dengan gembira oleh kaum Muslimin apabila baginda dan pasukannya tiba disuatu tempat yang bernama Rauha’.
Semua hati orang yang memusuhi kaum Muslimin diselubungi oleh perasaan takut. Abu Sufian sendiri bernazar tidak akan mencuci kepalanya dengan air sebelum dapat memerangi Rasulullah dan kaum Muslimin. Perasaan kaum Muslimin yang bersembunyi di Mekah dipenuhi dengan kegembiraan serta bertambah teguhnya iman dan keyakinan mereka terhadap Islam.
Sikap Kaum Muslimin Terhadap Musuh.
Nabi saw berwasiat kepada para sahabatnya agar tetap berlaku baik terhadap tawanan seperti yang tercantum dalam sabda baginda:
“Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu berbuat baik terhadap mereka”.
Sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Aziz bin Umair tentang sikap kaum Muslimin terhadap tawanan adalah seperti berikut: “Aku ditawan di tengah keluarga Anshar, sekembalinya dari Badar. Jika tiba waktu makan siang ataupun makan malam mereka selalu memberikan aku sepotong roti sedangkan mereka sendiri terpaksa makan kurma, kerana mereka dipesan oleh Nabi untuk berlaku baik terhadap tawanan. Setiap kali mereka memperolehi sepotong roti, mereka akan memberikannya kepadaku, sehingga aku malu atas perlakuan baik yang mereka lakukan. Maka aku kembalikan roti itu kepada mereka. Namun roti itu tetap diberikan kembali kepadaku.
Seluruh tawanan perang dalam pandangan Islam harus diperlakukan sama tiada beza diantara keluarga terdekat atau orang lain.
Nabi memaafkan semua tawanan perang Badar. Mereka diminta untuk membayar tebusan untuk diri mereka bagi mampu. Harga tebusan itu ditentukan menurut keadaan ekonomi mereka. Seseorang yang tidak mampu membayar tebusan mereka dimaafkan oleh Nabi, dan dibebaskan begitu sahaja. Dengan adanya ketetapan ini, maka kaum Quraisy mulai mengirim wang tebusan mereka kepada kaum Muslimin agar para tawanan itu segera dibebaskan.
Sebahagian para tawanan yang tidak mampu membayar tebusan, Nabi memerintahkan mereka untuk mengajar sepuluh orang anak kaum Muslimin membaca dan menulis. Setiap orang diminta untuk mengajar 10 orang anak kaum Muslimin. Zaid bin Thabit termasuk salah seorang yang belajar dengan cara ini. Kebijaksanaan semacam ini sudah tentu adalah satu usaha memajukan bidang pendidikan dan memberikan semangat kepada orang untuk belajar membaca dan menulis.