PERANG THAIF.  

Posted by BKMIP

PELARIAN TSAQIF.

Beberapa golongan yang berhasil melarikan diri dari perang Tsaqif menuju ke Thaif, di mana mereka membangun benteng, menutup kota Thaif dari semua penjuru, mereka kumpulkan segala macam keperluan dan bahan didalamnya yang cukup untuk masa satu tahun, lalu mereka bersiap untuk berperang lagi.

Rasulullah saw bergerak menuju Thaif, berhenti dekat Thaif dengan pasukan beliau. Pasukan Rasulullah saw mencuba memasuki kota Thaif tetapi tidak sanggup kerana langsung mendapat serangan panah yang hebat dari penduduk Tsaqif. Mereka memang terkenal satu ahli panah dan berani.

MENGEPUNG THAIF.
Rasulullah saw memindahkan kedudukan pasukan beliau ke tempat lain, langsung mengepung Thaif selama 20 malam atau lebih dari serangan yang hebat. Anak panah kedua pasukan saling berdengung di udara menuju sasaran masing-masing. Buat pertama kali Rasulullah saw menggunakan alat manjanik (alat untuk melemparkan batu atau benda keras dalam perang) Petempuran semakin menghebat sehingga banyak diantara kaum Muslimin terbunuh kerana anak panah.

RAHMAT DI MEDAN PERANG.
Setelah kepungan diperketatkan dan perang masih makan waktu yang lama, Rasulullah saw lalu memerintahkan memotongi pohon anggur bangsa Tsaqif, sedangkan penghidupan mereka bergantung pada hasil perkebunan anggur itu. Orang ramai terpaksa memotongnya dengan perasaan berat, lalu mereka mohon kepada Rasulullah saw agar pohon-pohon itu dibiarkan untuk Allah dan rahmat. Maka Rasulullah saw menjawab dengan berkata, "Saya membiarkan pohon-pohon itu untuk Allah dan rahmat."

Seorang penyeru diperintahkan Rasulullah saw untuk berseru bahawa barang siapa yang takut bertahan dalam benteng lalu keluar maka ia akan bebas. Mendengar seruan itu, maka keluarlah beberapa belas orang lelaki, di antaranya Abu Bikrah. Mereka semuanya dibebaskan oleh Rasulullah saw dan dijamin segala keperluan hidupnya kepada Muslimin yang mampu.
Sikap Rasulullah saw benar-benar berhasil dapat melemahkan perlawanan penduduk Thaif yang masih bertahan (melawan).

KEPUNGAN DIHENTIKAN.
Rasulullah saw tidak mengizinkan untuk merebut Thaif. Umar bin Khattab ra diperintahkan untuk memaklumkan agar pasukan meninggalkan tempat pengepungan, atau mundur. Perintah ini menimbulkan rasa terkejut pada pasukan Islam. Mereka berkata, "Apakah kita akan meninggalkan tempat ini, sedang kota Thaif belum kita rebut?" Mendengar suara itu, Rasulullah saw mengubah keputusannya, lalu memerintahkan agar serbuan diteruskan. Dalam petempuran ini banyak kaum Muslimin mendapat cedera. Rasulullah saw berkata kepada mereka, "Kita akan mengakhiri petempuran ini besok pagi insya Allah."

Mendengar ucapan Rasulullah saw yang demikian itu semua orang menjadi gembira, mereka mempersiapkan unta untuk berangkat pulang, lalu berangkat bersama Rasulullah saw sedang Rasulullah saw sendiri ketawa.

TAWANAN PERANG HUNAIN DAN RAMPASANNYA
Rasulullah saw berhenti di Ja'ranah bersama pasukannya untuk mengurusi tawanan dan rampasan perang Hawazin. Rasulullah saw tidak terburu-buru mengurusnya, sekalipun banyak kaum Muslimin sudah berdatangan. Ada belasan malam lamanya mengurus semua itu.
Rasulullah saw mulai mengurus harta rampasan dan membahagi-bahagi harta itu. Yang pertama-tama mendapatkan pembahagian ialah orang-orang yang masih muallaf (yang baru saja masuk agama Islam). Di antaranya ialah Abu Sufyan Bin Harab dan kedua anaknya, Yazid dan Muawiyyah. Juga diberikan Hakiim Bin Hazzaam, An-Nadlar Bin Al-Haarist, Al-'Ullaa' Bin Al- Haaritsah dan lain-lain semuanya tergolong orang-orang penting Quraisy. Mereka lebih diutamakan dan dibanyakkan pembahagiannya. Kemudian dibagi rata kepada yang lain-lain.

MENCINTAI ANSHAR DAN PENGORBANAN MEREKA
Kerana yang dipentingkan dan dibanyakkan dalam pembahagiaan itu ialah terhadap suku Quraisy dan orang-orang muallaf yang baru saja memeluk agama Islam, sedang golongan Anshar hanya mendapat pembahagian yang amat kecil (sedikit sekali) maka terdengarlah omelan pemuda-pemuda Anshar.

Setelah mendengar omelan itu, Rasulullah saw mengucapkan pidato yang agung yang menitiskan air mata mereka, sehingga golongan Anshar menitiskan air mata mereka, rasa cinta dan kasih mereka terhadap Rasulullah saw semakin mendalam. Di antara yang diucapkan Rasulullah saw dalam khutbah beliau yang agung itu ialah, "Bukankah saya datangi kamu masih sesat, lalu Allah memberi petunjuk kepadamu dengan perantaraanku, kamu masih melarat, lalu Allah kayakan kamu dengan perantaraanku, kamu hidup saling bermusuhan, lalu Allah lunakkan hati-hati kamu sehingga kamu sehingga kamu hidup saling mencintai (bersaudara)?" Mendengar ucapan Rasulullah saw itu mereka serentak menjawab, "Sungguh Allah dan Rasul-Nya lebih tersayang dan berkebajikan."

Setelah mereka diam, Rasulullah saw berkata, "kenapa kamu tidak menjawab wahai kaum Anshar?" mereka serentak menjawab, "Apakah lagi yang dapat kami jawabkan kepada engkau ya Rasulullah? Bagi Allah dan Rasul-Nya-lah segala rasa kasih sayang dan kemuliaan."
Berkata Rasullah saw, "Sungguh demi Allah, sekiranya kamu mengatakan kepadaku: Engkau datang kepada kami dalam keadaan dibohongi oleh kaummu (Quraisy), maka kamilah yang membenarkan ajaranmu, engkau datang dalam keadaan lemah, maka kamilah yang menolongmu, engkau datang terusir, kamilah yang memberi tempat kepadamu, engkau datang dalam keadaan melarat, kamilah yang melengkapi segala keperluan hidupmu,maka semua yang kamu ucapkan itu adalah benar, aku tetap membenarkan akan ucapan kamu itu."

Kemudian dengan ucapan yang diucapkan dengan penuh perasaan, mengandung ketetapan hati, pengarahan, beliau terangkanlah apa hikmatnya beliau membagi-bagi harta rampasan perang itu tidak dengan sama banyak. Berkata Rasulullah saw, "Apakah ada dalam hatimu masing-masing wahai kaum Anshar perasaan mementingkan dunia terhadap diriku, bila aku dalam pembahagian ini mementingkan orang-orang muallaf agar kuat keislaman mereka, dan saya menganggap bahawa kamu sudah cukup dengan Islammu sahaja?"
Akhirnya Rasulullah saw mengucapkan satu kalimah yang beliau tidak kuat menahan diri dari mengucapkannya, satu kalimah yang menyempurnakan keimanan dan memerkahkan kembangnya dan memerkahkan kembangnya di hati masing-masing mereka.

Berkata Rasulullah saw, "Tidakkah kamu puas (lega)ya kaum Anshar bila mereka pulang ke Mekkah membawa kambing, unta dan harta, sedang kamu pulang kemadinah dengan membawa Rasulullah saw? Demi Yang Memegang jiwa Muhammad dengan Tangan-Nya, apa yang kamu bawa pulang lebih baik dari apa yang mereka bawa pulang. Kalau tidaklah kerana hijrah, aku akan menamakan diriku golongan Anshar. Bila manusia berjalan menempuh satu jalan dan wadi, sedang orang Anshar juga berjalan menempuh satu jurusan dan wadi, aku pasti menempuh jurusan dan wadi yang ditempuhi orang Anshar. Al-Anshar adalah syiar (selimut). Ya Allah, cintailah Anshar, dan anak-anak orang Anshar dan anak-anak dari dari anak-anak orang Anshar."

Mendengar ucapan Rasulullah saw yang terakhir ini, semua orang Anshar tidak dapat menahan tangis mereka, mereka sama menguraikan air mata, lalu berkata serentak, "Kami redha dengan Rasulullah saw dengan pembagian dan apa yang ia lakukan.

SEMUA TAWANAN DIKEMBALIKAN KE HAWAZIN.
Datang perutusan Hawazin kepada Rasulullah saw terdiri atas 14 orang lelaki dan meminta agar semua tawanan dan harta rampasan dikembalikan kepada mereka. Maka berkata Rasulullah saw, "Yang ada beserta saya apa yang kamu lihat, perkataan yang paling aku senangi ialah yang lebih benar, mana yag lebih kamu senangi, isteri-isteri dan anak-anakmu atau harta bendamu?, " Mereka menjawab, "Anak-anak dan isteri-isteri tidak dapat kami samakan dengan satu yang lain apapun."

Mendengar ucapan mereka itu, Rasulullah saw berkata kepada mereka, "Bila aku selesai mengerjakan solat pagi, hendaklah kamu berkata, "Kami minta bantuan Rasulullah saw kepada orang-orang beriman dan kami minta bantuan orang-orang beriman kepada Rasulullah saw agar dapat dikembalikan kepada kami akan orang kami yang tertawan." Setelah Rasulullah saw selesai mengerjakan solat pagi, mereka semua berdiri dihadapan Rasulullah saw dan berkata sebagai mana yang telah ditunjukkan itu.

Kemudian Rasulullah saw berkata kepada mereka, "Semua tawanan yang telah diperuntukkan bagiku dan keluarga Bani Abdul Muthalib kami kembalikan kepada kamu, dan saya akan minta orang lain juga berlaku demikian."
Setelah mendengar ucapan Rasulullah saw yang demikian itu, maka seluruh Muhajirin dan Anshar berkata, "Semua tawanan yang sudan diperuntukkan bagi kami, kami serahkan kepada Rasulullah saw."

Ada tiga orang yang enggan menyerahkan tawanan yang sudah diperuntukkan bagi masing-masing mereka, iaitu dari Bani Tamiim, Bani Fazaarah dan Bani Sulaim. Lalu Rasulullah saw berkata kepada mereka, "Mereka datang sebagai orang yang sudah masuk Islam (Muslimin), saya sudah santuni mereka dan suruh pilih anak isteri atau harta, mereka tidak dapat mengganti anak isteri mereka dengan apa jua pun. Maka barang siapa yang telah kebagian, hendaklah mengembalikan tawanan itu kepada mereka, maka demikian itulah yang baik, tetapi siapa yang masih ingin menahan haknya, maka hendaklah dikembalikan kepada mereka dan baginya akan mendapatkan enam kali tebusan, dimulai sejak ia mendapatkan pampasan."

Maka berkata orang banyak, "Kami setuju dengan keputusan Rasulullah saw." Lalu berkata Rasulullah saw, "Kami tidak tahu siapa yang redha antara kamu dan siapa yang tidak redha, maka kembalilah kamu, sampai datang menyampaikan kepada kami akan urusan kamu dengan perantaraan orang-orang mengetahui akan keadaan masing-masing kamu." Akhirnya seluruh mereka menyerahkan semua anak-anak dan isteri-isteri yang tertawan itu kepada suami dan orang tua mereka masing-masing. Tidak seorang pun yang menahannya. Rasulullah saw. Lalu memakai masing-masing tawanan itu dengan pakaian katun qibthiyyah.

KEHALUSAN DAN KEPEMURAHAN.
Diantara tawanan yang telah mereka serahkan kepada Rasulullah saw ialah Asy-Syimaa' Binti Halimah As-Saadiah, saudara perempuan susuan dengan Rasulullah saw sendiri. Pernah Ash-Syimaa' ini diperlakukan secara kasar di pasar kerana tidak mengetahui siapa yang sebenarnya ia, lalu Ash-Syimaa' berkata kepada mereka, "Tahukah kamu, demi Allah saya ini adalah perempuan sesusuan dari sahabatmu (Muhammad).

Orang banyak mulanya tidak membenarkan omongannya, sampai mereka membawanya kehadapan Rasulullah saw sendiri. Setelah Asy -Syimaa' bertemu dengan Rasulullah saw, langsung dia berkata, "Ya Rasulullah, saya ini adalah saudaramu perempuan sesusuan." Berkata Rasulullah saw, "Adakah tandanya?" Berkata Asy-Syimaa' "Ada, iaitu bekas gigitan gigimu di punggungku, iaitu disaat aku menggendongmu dipunggungku."

Setelah Rasulullah saw menyaksikan sendiri tanda tersebut, beliau membentangkan akan selendang beliau di atas tanah untuk diduduki oleh Asy-Syimaa' sebagai perlakuan istomewa baginya, lalu berkata kepadanya, "Bila engkau suka, maka tinggallah bersamaku sebagai orang yang dicintai dan dimuliakan, tetapi jika engkau lebih suka kembali kepada kaum engkau, saya akan hiburkan engkau (dengan hadiah-hadian)." Asy-Syimaa' menjawab, "Hiburkanlah saya dan kembalikanlah saya kepada kaumku."

Rasulullah saw menghiburkannya dengan berbagai hadiah, dan disaat itulah Asy-Syimaa' menyatakan keislamannya. Rasulullah saw memberikannya 3 orang budak lelaki dan seorang budak wanita, hadiah-hadiah dan beberapa ekor kambing.

UMRAH JA'RANAH.
Setelah Rasulullah saw selesai dengan semua urusan perang Hunain, iaitu membagi-bagi tawanan dan rampasan perang di Ja'narah, iaitu sebuah kampung jarak satu marhalah dari Mekkah, dan Ja'ranah itulah miqat (tempat di mana semua orang yang Umrah dan haji harus mengenakan pakaian ihram, atau boleh dikatakan batas tanah haram) bagi penduduk Thaif, lalu Rasulullah saw memakai pakaian ihram untuk mengerjakan ibadat Umrah. Sesudah berumrah beliau kembali ke Madinah. Dan itu adalah pada bulan Dzul Qaidah tahun 8 Hijriyah.

THAI'UUN IA KAARIHUUN (DENGAN PENUH KETAATAN BUKAN TERPAKSA).
Ketika kaum Muslimin berangkat meninggalkan Thaif menuju Madinah, Rasulullah saw berkata kepada mereka:
Ertinya: "Ucapkanlah: Kami kembali, bertaubat, beribadat menyembah Tuhan kami dan memuji."
Ada yang berkata, "Hai RAsulullah saw, doakanlah kepada Allah atas Thaif." Rasulullah saw lalu berdoa:
Ertinya: "Ya Allah, tunjukilah Tsaqif dan datangkalah mereka. Tiba-tiba datang menyusul 'Urwah Bin Mas'uud Ats-Tsaqafy, lalu menemui Rasulullah saw sebelum memasuki kota Madinah. Dan di saat itulah ia masuk Islam. 'Urwah ini adalah seorang yang di cintai oleh penduduk Tsaqif, mempunyai kedudukan dikalangan mereka. Tetapi ketika ia datang menyeru kaumnya untuk menganut Islam, dan menyatakan kepada mereka bahawa dia sendiri telah masuk agama Islam,mereka langsung memanahnya dengan anak panah, sehingga ia terbunuh sebagai seorang Syahid.

Tsaqif di biarkan berapa bulan lamanya sesudah terbunuhnya 'Urwah Bin Mas'uud Ats-Tsaqafy, kemudian mereka berebut dan memutuskan bahawa mereka tidak akan mampu memerangi bangsa Arab sekitar mereka yang telah masuk agama Islam dan beribadat. Mereka lalu memutuskan akan mengirim utusan untuk menemui Rasulullah saw di Madinah.

TIDAK ADA KOMPROMI DENGAN KEBERHALAAN.
Mereka bersama-sama mendatangi Rasulullah saw. Untuk mereka dibangunkan sebuah kubbah di dekat masjid untuk tempat mereka. Lalu mereka semuanya menyatakan masuk Islam. Mereka minta kepada Rasulullah saw agar bagi mereka di biarkan patung Al-Laata selama 3 tahun jangan diruntuhkan. Permintaan ini di tolak oleh Rasulullah saw. Lalu mereka minta agar dibiarkan selama satu tahun saja.

Ini pun di tolak oleh Rasulullah saw. Akhirnya mereka minta agar dibiarkan satu bulah saja. Namun Rasulullah saw tetap menolaknya, bahkan langsung Rasulullah saw memerintahkan kepada Abu Sufyan Bin Harb dan Al-Mughirah Bin Sya'bah, keduanya termasuk kaum mereka sendiri, untuk meruntuhkan Al-Laata tersebut. Kemudian mereka minta diizinkan tidak mengerjakan solat. Maka berkata Rasulullah saw:
Ertinya: "Tidak ada kebaikan beragama tanpa mengerjakan solat."
Akhirnya mereka kembali ke kampung halaman mereka yang disertai oleh Abu Sufyan Bin Harb dan Al-Mughirah Bin Sya'bah. Al-Mughirah langsung meruntuhkan Al-Laata. Akhirnya Islam tersebar di seluruh Thaif. Seluruh penduduk Thaif masuk Islam.

KA'AB BIN ZUHAIR MASUK ISLAM.
Ka'ab Bin Zuhair, seorang penyair anak penyair yang sering mencaci Rasulullah saw dengan syairnya, merasa bahawa dunia ini menjadi sempit baginya. Bahkan dirinya sendiri menjadi sempit pula. Saudaranya bernama Bujair menyusulkan kepadanya agar dia mendatangi Rasulullah saw untuk bertaubat dan menyatakan diri masuk Islam. Diterangkan akan bahaya yang dihadapinya bila usulnya ini tidak dilaksanakan.

Ia mencipta satu qasidah (kata bersajak) memuji Rasulullah saw. Qasidah ini menjadi popular dengan nama: "Qasidah Baanat Su'aadu."
Akhirnya ia berangkat ke Madinah, pagi-pagi menemui Rasulullah saw di kala Rasulullah saw mengerjakan solat subuh, lalu duduk dihadapan beliau dengan meletakkan tangannya diatas tangan Rasulullah saw. Rasulullah saw tidak mengenalnya.

Lalu ia berkata kepada Rasulullah saw, "Sungguh Ka'ab Bin Zuhair datang mohon perlindungan dengan bertaubat dan menyatakan dirinya masuk Islam, maka dapatkah engkau menerimanya?" Seorang penduduk Anshar meloncat dan berkata, "Ya Rasulullah saw izinkan saya berduel dengan musuh Allah ini, biar aku pukul kuduknya." Rasulullah saw berkata, "Biarkan dia, dia datang bertaubat membersihkan dirinya." Ka'ab langsung membacakan qasidahnya, yang awalnya:
Membayangkan bagaimana sedihnya ditinggalkan kekasih. Disambungnya dengan sebuah syair memuji Rasulullah saw:
Ertinya: "Sungguh Rasul itu sinar yang terang cemerlang, juga sebagai salah satu pedang Allah yang terhunus."
Maka Rasulullah saw membuka selendang beliau menyerahkannya kepada Ka'ab tanda penghargaan beliau.

PEPERANGAN MU'TAH.  

Posted by BKMIP

Terbunuhnya utusan nabi
Nabi mengutus seorang yang bernama El Harist bin Umair Al Azdi untuk menyampaikan surat beliau kepada Syurahbil bin Amru Al Ghasani. Penguasa kota Busra wakil kerajaan Romawi Timur.

Utusan Nabi itu ditangkap dan digiring dalam dalam keadaan terikat kehadapanya. kemudian dibunuh. Padahal menurut kebiasaannya tidak boleh seorang utusan dibunuh di kalangan kaum raja dan pembesar, sekalipun permusuhan yang di bawa itu tidak disenangi.

Kejadian semacam itu memang tidak boleh didiamkan, kerana hal itu akan membahayakan bagi setiap utusan dan merupakan penghinaan terhadap orang yang mengutusnya.

Perbuatan orang itu seharusnya diberi pengajaran secepatnya agar para utusan tidak terancam keselamatannya dan perbuatan itu pun tidak akan berulang sekali lagi.
Tentera Islam Yang Pertama Kali Dikirim Ke Romawi
Ketika Nabi mendengar berita perlakuan penguasa Busrah beliau mempersiapkan untuk pengiriman tentera Islam ke sana
pada bulan Jamadil Awal tahun kelapan hijrah.

Kaum Muslimin bersiap-siap untuk ikut serta dalam pasukan Islam yang akan dikirim ke Busrah. Jumlah tentera Islam yang ikut keluar pada waktu itu ada ribu orang. Sebagai pimpinan Nabi menunjuk Zaid bin Harithsah bekas budak Nabi. dalam pasukan Islam yang dikirim oleh Nabi itu bergabung beberapa sahabat terkemuka kaum Muhajirin dan Ansyar. Nabi berpesan kepada mereka:"Jika Zaid bin Harithsah terbunuh sebagai gantinya adalah Ja`far bin Taib dan jika Ja`far terbunuh sebagai gantinya adalah Abdullah bin Rawahah".

Waktu pemberangkatan pasukan Islam itu tiba, kaum Muslimin melepas keberangkatan mereka dan mereka memberikan ucapan selamat tinggal.dan mereka akan menghadapi pasukan kerajaan yang terbesar dan yang terkuat di masa itu.

Pasukan itu meneruskan perjalanannya mereka tiba disatu tempat yang bernama Ma`an. Kaum Muslimin mendengar bahawa kaisar Heraklius bersama tenteranya sebesar seratus ribu orang sedang berada di Balqa`. Pasukan Heraklius ini dibantu oleh beberapa suku Kabilah Arab termasuk suku Banu Lahkmin, Juzam, Balqain, Bahran, dan Banu Bala. Pasukan Islam tetap berada di Ma`an selama dua malam untuk bermesyuarat. Dalam permesyuaratan itu disepakati untuk menulis surat kepada Rasulullah untuk memberitahu besarnya jumlah pasukan musuh untuk meminta pertimbangan apakah Nabi akan mengirim bantuan atau memberi pertimbangan yang lain.

Berperang Tidak TergantungbPada Kekuatan Dan Banyaknya Pasukan
Abdullah bin rawahah berpidato memberi semangat pada pasukannya:"Hai kaumku! Demi Allah sesungguhnya apa yang kamu benci yang kamu keluar untuk mendapatkan syahadah.janganlah kita memerangi manusia dengan melihat jumlah tentera dan besarnya kekuatan. tetapi kita berperang hanya dengan agama ini, yang dengannya kita diberi kemuliaan oleh Allah. Keran itu teruskanlah niat kalian pasti kalian akan mendapat salah satu dari dua. Yaitu kemenangan ataupun mati syahid".

Atas anjuran Abdullah bin Rawahah ini maka kaum Muslimin meneruskan perjuangan ke medan perjuangan.
Kaum Muslimin Berjuang Bermati-matian
Ketika pasukan Islam menuju ke Balqa` mereka bertemu dengan sejumlah orang Arab dan Orang Romawi di salah satu perkampungan Balqa` yang bernama Masyarif. Pasukan musuh itu berusha mendekat namun pasukan Islam menuju suatu tempat yang bernama Mu`tah. di tempat inilah kedua-dua pasukan ini bertempur bermati-matian.

Zaid bin Harithsah berjuang mati-matian dengan membawa bendera Rasulullah sampai beliau gugur sebagai syahid. Belaiu diserang musuh dengan tombak dan panah dari segala penjuru. Sebelum Bendera itu gugur ke tanah Ja`far berhasil merebutnya dari tangan Zaid yang tersungkur kebawah. Ja`far terus menagdakan serangan yang bertubi-tubi dengan bendera Islam tetap ditanganya. Kemudian belaiu meninggalkan kudanya yang terluka dan belaiu maju kehadapan sehingga tangan kanannya terputus. Denagn cepat bendera Islam itu di rebut oleh tangan kirinya. Ketika tangan kirinya terputus beliau mendakapi bendera Islam itu dengan kedua tangannya yang masih tersisa.

Beliau terus maju sampai akhirnya beliau gugur sebagai syahid. Pada jenazah beliau ditemui tiga puluh tiga anak panah. Didadanya terdapat iaitu diantara dua tulang bahunya terdapat sembilan puluh luka bekas pukulan pedang, tombak, dan anak panah. Beliau meniggal sebagai syuhada` yang terus menuju ke syurga.

Setelah Ja`far terbunuh bendera Islam direbut oleh Abdullah bin Rawahah, dengan semangat yang bernyala-nyala beliau terus maju kehadapan. Ketika beliau turun dari kudanya beliau bertemu dengan sepupunya yang memberi sekerat tulang yang ada dagingnya. Sepupunya berkata:"kuatkan tulang punggungmu dengan daging ini, kerana kulihat kamu sangat payah selama beberapa hari ini". Daging itu dimakannya sedikit kemudian segera dibuang dan beliau terus berjuang sehingga gugur sebagai syahid.

Khalid Seorang Pemimpin Yang Bijaksana
Setelah gugurnyan pahlawan Islam yang tersebut diatas, kaum Muslimin bersepakat untuk menyerahkan pimpinan kepada Khalid bin Walid. Bendera Islam itu kemudiannya dipegang oleh Khalid. Kemudian Khalid mengadakan peperangan dengan sengit sekali.

Khalid adalah seorang yang berpengalaman dalam mengatur taktik perang. Ketika beliau melihat besarnya jumlah pasukan musuh yang berlipat ganda itu, beliau mengajak pasukannya mundur ke selatan, sedangkan musuh mundur ke utara.
Ketika malam tiba, kedua-dua pasukan masing-masing menjauh dari lawannya. Kedua pihak lebih mengutamakan keselamatan daripada meneruskan peperangan yang akan membawa kebinasaan.

Di pagi harinya Khalid menugaskan sebahagian pasukannya yang berada di garis belakang untuk mengadakan pergaduhan sebagai taktik seolah-olah kaum Muslimin mendapat bala bantuan dari Madinah. taktik yang diatur oleh Khalid ternyata berhasil. mereka jadi takut terhadap kaum muslimin sehingga sebahagiannya ada yang berkata:"Jika jumlah tentera sebesar tiga ribu orang saja sudah cukup untuk membuat kita seperti yang kita ketahui. Apalagi jika mereka mendapat bantuan yang tidak diketahui besar jumlah dan kekuatannya.

Selanjutnya pasukan Romawi terus berusaha mundur dan tidak meneruskan peperangan. Dengan ini peperangan pun berakhir.
Nabi Mendapat Khabar Dari Allah Jalan Peperangan
Ketika kaum Muslimin sedang dalam medan perang Mu`tah, Rasulullah yang sedang berada di Madinah memberi tahu kepada sebahagian para sahabat beliau apa yang terjadi di medan peperanga. Anas bin malik meriwayatkan sebagai berikut:" Sesungguhnya Rasulullah saw memberitahu kepada orang ramai tentang kematian zaid, Ja`far dan Abdullah bin Rawahah sebelum ada seorangpun yang membawa khabar kematian mereka".Nabi berkata:" Bendera dipegang oleh Zaid ia terbunuh. Selanjutnya bendera itu di pegang oleh Ja`far sampai ia terbunuh. Setelah itu bendera di pegang oleh Abdullah bin Rawahah sampai ia terbunuh. selanjutnya bendera itu dipegang oleh salah seorang daripada pedang Allah (Khalid) sampai Allah memberikan kemenangan".

Ja`far Digelar Oleh Nabi Dengan Thayyar Dzil Janaahaini
Nabi memberi keterangan tentang kematian ja`far.Katanya:" Sesungguhnya Allah menggantikan kedua tangan Ja`far yang terputus dengan kedua sayap yang dapat dipakai terbang dalam syurga kemana saja sesukanya." Belas Kasih Nabi
Nabi berkata kepada isteri Ja`far bin Abi Talib:" Bawalah kemari putera Ja`far". setelah putera Ja`far berada dihadapanya beliau mencium putera Ja`far sambil kedua matanya basah oleh air matanya, dan beliau memberitahu tentang kematian Ja`far sebagai syahid. Ketika orang datang menyampaikan Khabar kematian Ja`far beliau berkata kepada keluarga beliau saw:" Buatkan makanan untuk keluarga Ja`far telah datang kepada mereka suatu musibah yang menyibukkan mereka".

Diwajah beliau kelihatan sedih sekali atas berita kematian itu.
Mereka Adalah Pasukan Penyerang Bukan Pasukan Pengecut
Ketika pasukan Islam mendekati kota Madinah Nabi keluar untuk menyambut mereka.Nabi diikuti oleh kaum Muslimin dan anak-anak kecil. Nabi keluar dengan seekor kaldainya bersama-sama kaum Muslimin. Nabi memerintahkan agar anak-anak kecil dibawa menyambut pasukan Islam. sedang putera Ja`far diminta oleh Nabi. Beliau mendukung putera Ja`far serta membawanya untuk menyambut pasukan Islam. Ketika pasukan Islam itu sampai, kaum Muslimin menyambutnya dengan melemparkan tanah kewajah-wajah mereka sambil mengejek mereka" Hai pasukan yang pengecut! Kalian telah lari drangkatan pasukan itu ari medan perang (fisabilillah). Nabi menjawab:" Mereka itu bukanlah Pasukan pengecut tapi mereka adalah pasukan yang menyerang insyaalah." Antara Perang Mu`tah dengan Penaklukkan Kota Mekah
Antara perang Mu`tah dan penaklukkan kota Mekah Nabi mengirimkan seangkatan pasukan ke Dzatul salasil. Pemberangkatan pasukan itu tepat dibulan Jamadil akhir tahun kelapan hijriah. Dzatul salasil adalah suatu daerah dekat lembah Wadil Qura pusatnya banu Qudh`ah daerah ini sempat ditaklukkan oleh kaum Muslimin kemudian Nabi juga pernah mengirim seangkatan pasukan Islam dibawah pimpinan Abu Ubaidah ibnu Jarrah. Pemberangkatan pasukan itu pada bulan rejab tahun kelapan Hijriah. Jumlah pasukan yang ikut ada tiga ratus orang yang tergabung dalamnya kaum Muhajirin dan Ansar.

Pasuakan Islam yang dibawah pimpinan Abu Ubaidah ibnu Jarrah itu dikirim oleh Nabi keperkampungan Bani Juhainah dekat dengan persisiran laut. Ketika ditengah perjalanan mereka ditimpa kelaparan. Sedangkan bekalan mereka habis .Sehingga terpaksa pasukan Islam tersebut makan sejenis daun-daunan (Alkabat). Kerana itu peperangan ini dikenali dalam sejarah dengan nama Sariah Al Kabat. Ketika mereka berada ditepi pantai tiba-tiba seekor ikan besar sejenis ikan Anbar terdampar ditepi laut. Mereka memakan daging ikan itu selama lima belas hari, sehigga tubuh mereka menjadi kuat kembali. Ketika Nabi mendengar cerita terdamparnya seekor ikan ditepi laut beliau berkata: "Itu adalah rezki Allah yang dikeluarkan untuk kamu."
Nabi juga memakan daging ikan itu sedikit.

PERANG KHANDAQ  

Posted by BKMIP

Perang Khandaq atau Perang Al-Ahzab telah berlaku pada bulan Syawal tahun kelima Hijrah. Perang tersebut adalah kejadian penting sekali dalam sejarah Islam. Oleh kerana perang tersebut merupakan titik penentuan kelanjutan Agama Islam.dalam peperangan tersebut kaum Muslimin ditimpa dengan pelbagai cubaan dan dugaan yang sangat hebat.

Dalam Al-Quran digambarkan seperti berikut:
Ertinya: "Ketika mereka datang kepada kamu dari atas dan dari bawah, dan ketika pandangan telah suram, dan hati telah naik sampai kekerongkongan. Dan ketika itu kamu berprasangka kepada Allah dengan prasangka yang salah. Dikala itu orang-orang beriman mendapat ujian dan perasaan mereka digongang dengan goncangan yang hebat". (Al-Ahzab:10-11)

Sebab utamanya adalah berpunca dari hasutan kaum Yahudi. Sebahagian pemuka Yahudi Banu Nadlir dan Banu Wa'il datang kepadabangsa Quraisy di Mekah. Mereka mencadangkan kaum Quraisy untuk memerangi Rasulullah saw. Sebelum itu mereka telah mencuba untuk berhadapan dengan kaum Muslimin. Namun mereka merasa tidak mampu. Utusan kaum Yahudi itu memujuk kaumQuraisy dengan berbagai cara. Kata kaum Yahudi : " Kami akan bersama-sama dengan kamu sehingga kami dapat menumpaskan Muhammad."

Ucapan kaum Yahudi itu membuat hati bangsa Quraisy senang dan mereka segera mengadakan persiapan untuk berperang. Kemudian utusan Yahudi itu pergi ke Banu Ghatfan untuk menghasut mereka agar bersedia memerangi Rasulullah. Utusan kau mYahudi pergi mengelilingi ke seluruh kabilah bangsa Arab dan mengajukan rencana penyerbuan Kota Madinah yang telah disepakati oleh kaum Quraisy.

Hasutan kaum Yahudi itu menghasilkan perjanjian angkatan perang bersama antara kaum Yahudi, Quraisy dan Banu Ghatfan dalam satu kekuatan. untuk itu mereka saling mengikat perjanjian. Sebagai ganjarannya kaum Yahudi diwajibkan menyerahkan seluruh hasil kurma Khaibar selama setahun penuh. Kaum Quraisy keluar dengan pasukannya sebanyak empat ribu orang. Manakala Banu Ghatfan keluar dengan pasukannya sebanyak enam ribu orang. pimpinan tertinggi dipegang oleh Abu Sufyan bin Harb.

Kebijaksanaan Sandaran Kaum Muslimin
Ketika Rasulullah mendengar berita akan terjadinya penyerbuan terhadap Kota Madinah dan Gabungan pasukan sekutu untuk memerangi kaum Muslimin, untuk menumpas mereka hingga ke akarnya. Lalu baginda menyuruh kaum Muslimin untuk mengadakan persiapan perang.Dan diputuskan pula untuk mengadakan pertahanan dalam Kota madinah. Jumlah tentera kaum Muslimin hanya terkumpul sebanyak tiga ribu orang sahaja. Dalam kesempatan itulah Salman Al-Farsi mengisyratkan agar membuat parit disekitar Kota Madinah.

Cara pertahanan sedemikian itu merupakan cara yang biasa dipakai oleh bangsa Parsi
Kata Salman:
Ertinya:" Ya Rasulullah .. dahulu ketika kami di Parsi jika takut akan serbuan tentera kuda maka kami akan menggali parit disekitar kami."

Pendapat Salman tersebut diterima baik oleh Nabi dan segera beliau memerintahkan para sahabatnya untuk menggali parit di sebelah barat daya Madinah iaitu dibahagian yang terbuka yang di khuatiri musuh akan datang dari arah sana. Rasulullah membahagikan tugas penggalian parit. setiap sepuluh orang sahabat ditugaskan untuk menggali sepuluh hasta. Panjangnya parit itu kira-kira lima ribu hasta, dalam sampai sepuluh hasta sedang lebarnya sembilan hasta keatas.

Jiwa Persamaan Diantara Kaum Muslimin
Rasulullah ikut sama menggali parit itu agar kaum Muslimin ikut berlumba-lumba dalam mencari pahala. Keran itulah kaum Muslimin beramai-ramai ikut bekerja bersama beliau.
Waktu itu Kota Madinah sedang mengalami musim yang sangat dingin. Sedangkan kaum Muslimin banyak yang tidak mempunyai makanan yang secukupnya. Bahkan adakalanya sehungga tidak mempunyai apa-apa makanan. Kata Abu Thalhah : " Kami pernah mengeluh kepada Rasulullah tentang rasa lapar yang kami deritai. Dan kami selalu mengikat perut kami dengan batu.Manakala Nabi pula mengikat perut baginda dengan dua batu.
Kata Anas: "Waktu itu ketika Nabi keluar beliau saksikan kaum Muhajirin dan kaum Ansar bersama-sama menggali parit disuatu pagi yang amat dingin sekali sedangkan keadaan mereka amat lapar.

Mukjizat Nabi di Khandaq
Pada waktu penggalian Khandaq ini ada mukjizat Nabi yang timbul, iaitu sedang kaum Muslimin sedang menghadapi kesukaran untuk menghancurkan bungkahan batu keras. Nabi menyuruh membawa sebejana air. Kemudian nabi meludah pada air itu dan beliau berdoa kepada Allah, lalu air tersebut disiramkan pada bongkahan batu itu mak batu itu segera hancur seperti pasir.
Selain itu ada juga mukjizat nabi yang lain iaitu timbulnya berkat pada makanan yang sedikit dapat mengenyangkan orang ramai dan mencukupi seluruh pasukan yang ada.
Kata Jabir:" Aku katakan pada Rasulullah :"Ya Rasulullah... izinkan aku untuk pulang sebentar."
Sesampaiku dirumah aku katakan pada isteriku:" Aku lihat sesuatu pada diri beliau yang tidak boleh kita lewatkan. Adakah kamu mempunyai sesuatu?
Jawab isteriku:" Ya aku mempunyai gandum dan seekor anak kambing."

Kemudian anak kambing itu segera kusembelih dan gandum itu ku tumbuk. Daging itu ku masak dalam kuali dan tepung gandum kumasukkan dalam pembakar roti. Aku kembali ke tempat Nabidan kukatakan: "Ya Rasulullah aku ada sedikit makanan marilah engkau datang ke rumahku bersama seorang atau dua orang sahabatmu."

Tanya Nabi: " Berapa banyakkah makanan itu"
Setelah ku sebutkan jumlah makanan itu beliau berkata "Itu cukup banyak. Katakan kepada isterimu jangan diangkat masakan itu dari atas tungku dan roti itu pula jangan sampai dikeluarkan dari tempat pembakarannya sebelum aku datang kesana."
Beliau berseru kepada para sahabatnya " Bangun kamu sekalian"
Seluruh kaum Muhajirin dan Ansar bangkit bersama-sama mengikut Nabi.

Ketika aku masuk ke tempat isteriku ku katakan kepadanya "Nabi datang bersama kaum Muhajirin dan Ansar dan orang yang bersama mereka.
Nabi berkata " Masuklah kamu semua dan jangan berebut"

Kemudian Nabi memotong-motong roti dan dicampurkan pada daging serta kuah yang ada di kuali. Kemudian beliau mendekatkan hidangan pada sahabat sedangkan baginda tetap memotong-motong roti itu sedangkan para sahabat makan sehingga kenyang.
Setelah mereka makan hingga kenyang, masih lagi terdapat roti dan kuah yang masih bersisa. Baginda berkata: "Berikan makanan itu kepada orang kerana sekarang ini musim sejuk"
Pasukan musuh datang dari segenap penjuru
Kaum Quraisy dan Bani Ghatfan dtang bersama tentera-tenteranya, dihadapan Kota Madinah. Nabi juga keluar bersama pasukannya yang berjumlah tiga ribu orang. Kedua pasukan ini hanya dipisahkan oleh parit yang digali oleh kaum Muslimin.

Antara kaum Muslimin dan kaum Yahudi Banu Quraizah telah terjali perjanjian persahabatan. Pada hari itu Huyay bin Akhtab seorang pemuka Yahudi Bani Nadlir datang kepada mereka dan memujuk agar mereka mahu melanggari perjanjian yang telah diikat bersama dengan kaum Muslimin. Pada mulanya mereka enggan untuk melaksanakan cadangan Huyay bin Akhtab. Namun akhirnya mereka menyatakan persetujuan untuk melanggar perjanjian dengan Kaum Muslimin. Pernyataan kaum Yahudi banu Quraizah itu menyebabkan menjadi kucar kacir.

Disamping itu kaum Munafiqin mula memainkan peranan mereka. Hampir saja mengadakan perdamaian dengan kabilah Banu Ghatfan dengan memberi sepertiga hasil kurma Madinah. kerana Nabi merasa sayang kepada kaum Ansar kerana mereka telah menanggng bebanan yang berat.
Namun Nabi memendamkan niatnya setelah mengetahui akan ketabahan dan ketetapan hati kedua sahabat Ansar baginda iaitu Saad bin Muaz dan Saad bin Ubadah untuk menghadapi musuh. Kata Saad bin Muaz " Ya Rasulullah dahulu ketika kami dan mereka masih dalam keadaan menyengutukan Allah dan menyembah berhala dan tidak menyembah Allah mahu mengenalnya, mereka tidak pernah menerima kurma dari kami selain dengan jalan hutang atau beli.Apakah kini setelah Allah memuliakan kami dengan Islam dengan memberi petunjuk kami kepada Islam serta kami bangga dengan engkau dan Allah akan kami berikan harta kami kepada mereka? Demi Allah kamu\i tidak perlu berdamai. Demi Allah kami tidak rela memberikan kepada mereka sesuatu selain pedang sampai Allah memutuskan sesuatu antara kami dan mereka."
Ucapan Saad ini dijawab oleh Nabi: "Terpulang mengikut kehendakmu"
Perbezaan Tentera Islam dan Kafir
Rasullah dan kaum Muslimin tetap berada di medan Khandaq. Begitu juga dengan tentera musuh. Antara kedua pasukan itu tidak terjadi peperangan besar selain beberapa orang tentera mereka yang cuba untuk melepasi parit pemisah dengan menggunakan kuda mereka.

Namun mereka hanya terhenti dipinggir parit. Ketika mereka melihat parit yang dibuat oleh kaum Muslimin mereka berkata " Sebenarnya ini adalah taktik pertahan yang tidak pernah dikenal oleh bangsa Arab"

Kemudian mereka mencari jarak parit yang paling sempit. Setelah itu mereka berusaha untuk melepasi parit itu dengan kuda mereka dan mereka pun berhasil masuk ke Madinah. Salah seorang dari mereka yang berhasil melepasi parit itu adalah pahlawan mereka yang terkenal iaitu Amru bin Abdu Wudin. Ia mampu mengetuai seribu orang tentera Quraisy. Ketika ia sampai berhampiran barisan Islam ia berteriak minta bertanding.
Ali maju kehadapan dan berkata ' Hai Amru! Kamu telah berjanji kepada Allah jika ada seorang Quraisy yang menawarkan kepadamu dua perkara pasti kamu akan menerima salah satu darinya."
Jawab Amru " Benar"
Kata Ali: " Aku mengajak kamu kembali kepada Allah dan RasulNya serta masuk kedalam Islam"
Jawab Amru aku tidak perlu kepada ajakanmu."
Jawab Ali: " Kalau begitu aku ajak kamu untuk bertanding."
Jawab Amru: " Mengapakah kamu mengajak ku demikian wahai anak saudaraku? Demi Allah aku tidak ingin untuk membunuhmu"
Jawab Ali: " Akan tetapi aku ingin sekali untuk membunuhmu"
Mendengar ucapanm Ali bin Abi Thalib, Amru naik pitam dan kudanya dibunuh kemudian ia maju ke hadapan Ali untuk bertanding. Keduanya saling beradu kekuatan sampai Ali bin Abi Thalib dapat membunuh Amru.

Milik Allah Segala Tentera Langit dan Bumi
Pasukan Musyrikin mengadakan pengepungan terhadap pasukan Islam dengan ketat sekali. Seolah-olah bagaikan satu benteng. Mereka mengadakan pengepungan dari segenap penjuru selama sebulan. Sehinggakan kaum Muslimin merasa semakin sukar dan tersepit. Pada masa itula kaum Munafiqin bersiap-siap untuk menjalankan taktik-taktik jahatnya. Ketika Rasulullah dan Para sahabatnya sedang dicekam oleh rasa takut tiba-tiba datang seorang yang bernama Nuiam bin Masud berkata kepada Rasulullah:
Ertinya: " Ya Rasulullah sesungguhnya aku telah masuk Islam. dan kaumku tidak tahu keislamanku. kerana itu perntahkan padaku sesukamu"
Jawab Nabi: " Sebenarnya kamu termasuk dari golongan kami.

Berusahalah mengikut kehendakmu untuk meringankan kami, sesungguhnya perang itu adalah tipu muslihat"
kemudian Nuaim mula menjalankan muslihatnya. Beliau datang ke tempat kaum Yahudi Banu Quraizah untuk menimbulkan keraguan didalam hati orang Yahudi tentangkeikhlasan kaum uaraisy dan Banu Ghatfan untuk berperang disamping mereka. dan diterangkan pula bahaya yang akan menimpa mereka jika mereka berperang disamping kaum Quraisy dan Banu Ghatfan untuk memerangi kaum Muhajirin dan kaum Ansar yang menjadi tetangga kaum Yahudi. Kerana itu beliau menganjurkan mereka agar tidak jadi perang disamping kaum Quraisy dan Banu Ghatfan sebelum mereka memberikan beberapa orang yang terkemuka dari kaumnya untuk dijadikan sebagai tanggungan ditangan mereka. Cadangan Nuiam bin Masud diterima oleh kaum Yahudi dengan baik.

Selanjutnya Nuaim bin Masud pergi ketempat kaum Qurausy dengan pura-pura menunjukkan keikhlasannya serta memberikan nasihat. Beliau mengatakan bahawa kaum Yahudi menyesal atas perjanjian yang telah dibuat dengan kaum Quraisy dan mereka pasti akan meminta beberapa orang yang terkemuka sebagai tanggungan untuk mereka agar dapat diserahkan kepada Nabi dan kaum Muslimin untuk dibunuh. Setelah itu Nuaim juga pergi ke tempat Banu Ghatfan untuk menghasut mereka seperti yang dilakukannya kepada kaum Quraisy.
Hasil daripada hasutan Nuaim tersebut kedua suku itu mula merasa ragu-ragu dan benci terhadap kaum Yahudi. Perpecahan dikalangan tentera sekutu mulai timbul. Setiap golongan merasa khuatir terhadap kawan sendiri.

Ketika Abu Sufyan dan pemuka-pemuka kaum Ghatfan menuntut untuk segera memulai penyerangan secara terbuka terhadap kaum Muslimin, kaum Yahudi mulai merasa enggan. Bahkan kaum Yahudi menuntut dari merka untuk diserahkan beberapa orang sebagai tanggungan buat mereka. Dengan ini kaum Qurausy dan kaum Ghatfan merasa yakin dengan apa yang diperkatakan oleh Nuaim bin Mas'ud. Kerana itu mereka tidak bersedia untuk memenuhi permintaan kaum Yahudi. Demikian pula kaum Yahudi pun juga yakin akan kebenaran apa yang dikatakan oleh Nuaim bin Mas'ud. Sehingga kedua belah pihak saling mencela dan berpecah belah.

Allah menolong Nabi Muhammad saw dengan mengirimkan angin yang berhembus dimalam hari yang amat dingin kepada pihak musuhnya. Angin tersebut dapat memporak-perandakan kuali-kuali dan khemah-khemah mereka. Abu Syufyan bangun dan berkata kepada pasukannya:
Ertinya: Hai kaum Quarisy! Sesungguhnya kamu sekarang tidak mampu lagi untuk bertahan disini kerana kambing-kambing dan unta-unta kami telah habis, kaumYahudi Banu Quraiza pun telah mengingkari janjinya dan telah sampai kepada kami berita yang tidak kami ingini dari mereka. Kami juga diserang oleh anginkencang seperti yang kalian lihat seperti yang kamu semua lihat. Oleh itu beredar kamu dan aku juga akan segera beredar.
Kemudian Abu Sufyan bangun menuju kepada untanya yang tertambat dan segera berlalu. Ketika kaum Ghatfan mendengar kaum Quraisy telah pun beredar mereka pun segera kembali ketempat asal mereka. Ketika Khudaifah Ibnul Yaman yang diutuskan oleh Nabi untuk mengitip ditengah-tengah barisan musuh datang memberitahu kepada baginda apa yang dilakukan oleh pasukan musuh waktu itu baginda sedang bersolat.

Pada waktu paginya Nabi beserta seluruh pasukannya segera meninggalkan medan peperangan Kahndaq menuju Madinah untuk meletak senjata.
Peperangan itu berakhir dengan berundurnya bangsa Quraisy untuk selama-lamanya dan mereka tidak pernah datang lagi untuk memerangi kaum Muslimin selepas itu. Dalam peperangan Khandaq ini kaum Muslimin yang terbunuh sebanyak tujuh orang sedangkan pasukan musuh ada empat orang.

PERANG KHAIBAR  

Posted by BKMIP

Kemenangan dan Ghanimah (harta rampasan perang) yang diperolehi oleh kaum Muslimin pertama kali adalah didalam peperangan Khaibar. Sepertimana firman Allah Taala didalam Al-Quran: "Dan sesungguhnya Allah merasa senang terhadap orang-orang yang beriman, ketika mereka berbaiat kepada engkau (Muhammad) dibawah pohon kayu. Allah mengetahui isi hati mereka, diturunkannya kepada mereka ketenangan dan diberiNya kemenangan yang sudah dekat. Dan mereka memperolehi keuntungan yang banyak. dan Allah itu Maha kaya dan Maha bijaksana.

khaibar adalah suatu daerah yang subur yang dikelilingi oleh benteng-benteng kaum Yahudi. Benteng tersebut merupakan benteng terakhir di Jazirah Arabiah. Kaum Yahudi sentiasa mencari kesempatan baik untuk memukul kaum Muslimin. Kerana mereka masih terkesan dengan kejadian yang dialami oleh saudara mereka. Mereka berusaha bergabung dengan suku Ghaftan untuk mengadakan serangan terhadap kota Madinah. Sebenarnya Nabi ingin terlepas dari segala ancaman dan serangan kaum Yahudi yang masih tinggal disana. Khaibar berada disebelah Timur laut kota Madinah sejauh 70 mil.

Tentera Islam dibawah Pimpinan Nabi saw
Setelah Nabi menandatangani perjanjian damai Hudaibiah, baginda tetap tinggal di Madinah selama sebulan bulan dzul hijjah dan setengah bulan muharam. Kemudian diakhir bulan muharam baginda keluar ke Khaibar.

Ditengah perjalanan seorang sahabat yang bernama Ibnul Aqwa' berpantun sebagaimana berikut:
"Demi Allah, sesungguhnya jika kami tidak kerana Allah tidak akan kami mendapat hidayat dan kami tidak akan dapat bersedekah serta bersolat. Jika ada suatu kaum hendak menyerang kami atau menginginkan suatu fitnah kami akan menangkisnya.
(Ya Allah) turunkan kepada kami ketenangan dan tetapkan tumit-tumit kami jika kami menghadapi musuh".

Pada waktu itu Nabi keluar bersama 1000 orang tenteranya. Mereka membawa 200 ekor kuda. Baginda tidak mengizinkan seorang pun untuk ikut keluar kecuali hanya mereka yang pernah ikut dalam perjanjian Hudaibiyah.

Ketika itu ada 20 orang isteri para sahabat yang turut serta didalam peperangan ini untuk berkhidmat dengan memberikan rawatan kepada tentera Islam yang cedera di medan perang dan juga untuk mempersiapkankan makanan dan minuman perajurit-perajurit Islam ini.
Tentera Islam berhenti disuatu tempat yang bernama Raji', suatu daerah antara tempat tinggal suku Ghaftan dan kaum Yahudi Khaibar. Tujuan kaum Muslimin berhenti ditempat tersebut ialah agar suku Ghaftan tidak dapat memberikan bantuan kepada kaum Yahudi Khaibar. Dengan taktik ini maka suku Ghaftan bukan sahaja tidak dapat meberikan bantuan kepada kaum Yahudi Khaibar bahkan mereka juga hanya tetap tinggal diperkampungan mereka tanpa dapat memberikan sebarang malumat kepada kaum Yahudi Khaibar.

Ketika Nabi saw melihat Khaibar dari dekat baginda berdoa kepada Allah dan memohon kebaikan Khaibar dan berlindung dari kejahatan kota Khaibar dan penduduknya. Pada kebiasaannya Nabi tidak akan memulakan peperangan melainkan apabila menjelang pagi, jika waktu itu waktu malam, Nabitetap akan menunggu sehingga pagi. Apabila pagi menjelma, Nabi memecu kudanya dan pasukan tentera kaum Muslimin bergerak maju ke Khaibar. Kedatangan Nabi dan kaum Muslimin diketahui oleh penduduk kota Khaibaryang hendak keluar keladang mereka, sambil berteriak mereka memekik "Muhammad datang beserta tenteranya!".
Ketika Nabi menyaksikan hal itu Nabi berseru: "Allah Maha Besar, semoga Khaibar hancur,jika kami datang diperkampungan suatu kaum, maka kaum yang diperingatkan itu akan hancur dipagi hari.

Pemimpin yang Perkasa
Ketika Nabi saw tiba di Khaibar, baginda berusaha untuk menaklukkan beberapa benteng yang ada di Khaibar. Benteng yang pertama kali ditaklukkan adalah benteng Na'im. Salah satu benteng yang sukar ditaklukkan adalah benteng Al-Qumus. Kaum Muslimin melaporkan kepada Nabi, ketika itu Ali bin Abi Thalib sedang sakit mata. Nabi berkata: "esok hari bendera ini akan dipegang oleh seorang lelaki yang dicintai oleh Allah dan RasulNya. Dan ia akan membuka benteng tersebut''.

Apabila mendengar sabda Nabi ini, kesemua sahabat Nabi bercita-cita untuk memperolehi kemuliaan tersebut.
Rasulullah akhirnya memanggil Ali bin Abi Thalib yang sedang sakit mata, lalu meludahi kedua belah mata Ali sambil berdoa semoga Ali itu segera sembuh seolah-olah mata Ali tidak pernah sakit. Kemudian Nabi memberikan bendera itu kepadanya. Ketika Ali menerima bendera tersebut ia bertanya kepada Nabi:

"Adakah aku harus memerangi mereka sampai mereka menjadi seperti kami?"
Jawab Nabi: "Teruskan perjalananmua sampai kamu tiba di perkampungan mereka. Ajaklah mereka kedalam Islam dan ajarkan tentang apa yang diwajibkan kepada mereka akan perintah Allah. Demi Allah jika ada seorang mendapat petunjuk dengan perantaraan kamu, maka hal itu akan lebih baik bagimu daripada binatang ternakan yang baik."

Ketika Ali tiba dibenteng Al-Qumus ia disambut oleh seorang kesatria Yahudi yang bernama Murahib. Keduanya saling berperang, dan Ali dapat mengalahkannya. Didalam peperangan ini juga Muhammad bin Maslamah banyak memperlihatkan sifat kepahlawanannya, dan ia banyak dapat menumpaskan musuhnya di medan perang Khaibar.
Ketika dalam perjalan ke Khaibar juga, Pasukan tentera musuh bertemu dengan seorang budak hitam berbangsa Ethopia yang sedang mengembala kambing. Ketika ia melihat pasukan yang lengkap bersenjata, lantas ia bertanya: "Kemanakah kalian" jawab mereka: "Kami ingin memerangi seorang lelaki yang mengaku dirinya sebagai Nabi". Jawapan dari mereka itu telah menggerakkan hati untuk bertemu dengan Rasulullah saw. ia segera pergi menemui Rasulullah dengan seluruh kambing pemeliharaannya. Setelah bertemu, ia bertanya: "Apakah yang tuan ajakkan? apakah yang tuan serukan?"

Jawab Nabi saw:"Aku ajak kamu kepada Islam, hendaknya kamu bersaksi tidak ada Tuhan selain Allah dan aku adalah utusan Allah. Janganlah kamu menyembah selain Allah".
Tanya budak itu lagi: "Apakah balasanku jika aku beriman kepada Allah?'
Jawab Nabi: "Kamu akan mendapat Syurga jika kamu mati atas Islam"
Setelah demikian, maka budak itu menyatakan keislamannya dan berkata kepada Rasulullah: "Ya Rasulullah, sesungguhnya kambing-kambing ini diamanatkan kepadaku"
Jawab Nabi: "Kalau begitu lepaskan kambing-kambing itu ditanah ladang, nanti Allah akan (mengembalikannya) ke tempat tuannya."

Setelah kambing-kambing itu dilepaskan, maka kambing-kambing itu segera kembali kepada tuannya. Sejak itu tahulah tuannya iatu seorang Yahudi bahawa hambanya si budak hitam itu telah memeluk agama Islam.
Kemudian Nabi berdiri dihadapan sekalian tentera Muslimin dan menyematkan kedalam hati-hati mereka akan marakan api semangat jihad dan berani untuk menghadapi musuh-musuh Allah, kerana semata-mata mengharapkan keredhaan Allah dan bercita-cita untuk memperolehi syurga dan segala kenikmatan yang telah dijanjikan. Apabila kedua pasukan saling bertempur, dan peperangan sengit bermula, ketika kelihatan debu-debu bertebangan di medan Khaibar, akhirnya budak hitam itu rebah syahid di medan Khaibar. Ketika jenazahnya dibawa kedalam khemah Nabi, baginda berkata kepada sahabatnya: "Sesungguhnya Allah telah memuliakan budak hitam ini dan mengiringinya kepada kebaikan. Aku lihat dikepalanya sedang berdiri dua orang bidadari. Sedangkan ia belum pernah bersujud (bersolat) walau sekalipun.
Dalam peperangan ini kaum Muslimin berhasil memperolehi serta menakluki satu persatu benteng-benteng Yahudi. Mereka dikepung oleh kaum Muslimin selama beberapa hari sehingga akhirnya mereka mohon perlindungan dari Nabi dengan berkata: Hai Muhammada biarkanlah kami tetap tinggal di tempat ini (Khaibar) agar kami dapat memeliharanya (perkebunannya) kerana kami lebih tahu daripada kamu sekalian (kaum Muslimin).

Sebenarnya Nabi dan kaum Muslimin tidak mempunyai pelayan (tukang kebun) yang dapat memelihara kebun. dan mereka pun tiada masa untuk mengatur perkebunan. Dan oleh kerana sebab inilah Nabi memberikan tanah Khaibar kepada kaum Yahudi dengan syarat mereka harus menyerahkan separuh daripada hasil perkebunan mereka, dan tidak menganggu kaum Muslimin.
Untuk itu Nabi mengutus Abdullah bin Rawahah tinggal di Khaibar dengan persetujuan kaum Yahudi Khaibar dan memberikan pilihan kepada mereka akan tanah Khaibar sesuka mereka. Kerana inilah mereka kaum Yahudi berteriak:"Hanya dengan cara demikianlah langit dan bumi dapat ditegakkan.

Rasa Toleransi Agama.
Sebahagian pampasan perang yang diperolehi kaum Muslimin termasuk lembaran-lembaran kitab suci Taurat. Ketika kaum Yahudi datang untuk meminta agar dikembalikan lembaran-lembaran kitab suci Taurat itu dikembalikan kepada mereka. Nabi dengan rasa tolak ansur mengembalikannya kepada mereka.

Sehubungan dengan kejadian diatas Dr Israel Velavonson memberikan komentarnya dalam bukunya "Sejarah Yahudi Di Jazirah Arabiyah" sebagai berikut: Kejadian diatas menunjukkan bahawa Nabi sangat menghormati terhadap lembaran-lembaran suci itu. Hal ini menyebabkan kaum Yahudi pun menunjukkan rasa hormat mereka terhadap baginda. Sebaliknya mereka tewreingat pada kelakuan kasar tentera Romawi ketika berjaya merebut kota suci Jurusalem pada tahun 70 masihi, yangmana mereka telah membakar kitab suci kaum yahudi dan mengijak-ngijaknya dengan kaki-kaki mereka. Bangsa Yahudi juga tidak dapat melupakan perlakuan kejam dan penindasan yang dilancarkan oleh kaum Nasrani Spanyol. Mereka ini juga telah membakar kitab suci kaum Yahudi. Sesungguhnya perlakuan mereka mat berlainan sekali dengan akhlak dan perlakuan yang telah Nabi tunjukkan terhadap mereka, ketika kaum Muslimin berjaya menakluki kota Khaibar.

Kedatangan Ja'far bin Abi Thalib
Dihari terjadinya peperangan Khaibar, Ja'far bin Abi Thalib datang dari Habsyah bersama kaum Muslimin yang pernah berhijrah ke Habsyah. Kedatangan Ja'far ini disambut dengan kegembiraan Rasulullah yang luar biasa. Ketika Nabi bertemu dengan Ja'far baginda mengucup dahi Ja'far seraya berkata: "Demi Allah sesungguhnya aku tidak tahu mana yang lebih menggembirakan aku, apakah kemenangan di Khaibar ataukah kedatangan Ja'far?"
Dalam peperangan ini Nabi diracun oleh seorang wanita Yahudi yang bernama Zainab binti Harest, isteri Sallam bin Misykam. Pada suatu hari dia bertanya: "Dibahagian manakah daging yang paling mereka senangi?"
Jawab para sahabat: "Lengan". Kemudian wanita Yahudi itu membubuhkan racun yang banyak dibahagian lengan yang akan diberikan kepada Rasulullah.

Ketika Nabi hendak memakan daging yang telah dibubuh racun oleh wanita Yahudi itu, tiba-tiba daging itu memberitahu kepada baginda bahawa ia telah dibubuhi racun. DEngan segera Nabi melemparkan daging itu.

Kemudian Nabi menghimpunkan seluruh orang Yahudi Khaibar, dan baginda bertanya kepada mereka: "Apakah kalian mahu menjawab jika aku bertanya?"
Jawab mereka:" Ya"
Tanya Nabi:"Adakah kalian menaruh menaruh racun pada daging itu?''
Jawab mereka: "Ya"
Tanya Nabi lagi: "Apakah yang menyebabkan kalian berbuat demikian?''
Jawab kaum Yahudi:"Kami ingin mengujimu, jika kamu pendusta, kami lega dengan kematianmu, jika kamu benar-benar Nabi maka ia tidak akan memudaratkanmu".
Ketika wanita itu ditanya apakah sebab yang mendorong ia berbuat demikian?
Jawab wanita Yahudi itu: "Aku ingin membunuhmu"
Jawab Nabi: "Allah tidak akan mengizinkanmu berbuat demikian terhadapku"
Ketika sahabat bertanya kepada baginda: "bolehkah kami bunuh wanita itu?"
Jawab Nabi: "Jangan"
Ketika sahabat ibnul Barra' tewas keran keracunan, maka wanita itu dihukum bunuh sesuai dengan hukum Qisas (timpal balas)
Pengaruh Perang Khaibar.

Kemenangan yang dicapai oleh kaum Muslimin di medan Khaibar memberikan pengaruh yang besar sekali dihati setiap kabilah Arab yang belum Islam. Kerana mereka tahu akan kekuatan angkatan perang kaum Yahudi Khaibar, dan kekayaan mereka iaitu kaum Yahudi Khaibar mempunyai persenjataan yang lengkap dan sumber pertanian yang luas. Disamping itu mereka juga mempunyai banyak lagi kelebihan-kelebihan yang lain seperti benteng-benteng dan pahlawan yang kuat dan berpengalaman di medan petempuran seperti Muraib dan Al-Harest ayah Zainab yang meracuni Nabi, kesimpulannya kaum Muslimin di medan Khainar ini banyak pengaruhnya dihati bangsa Arab.

Penaklukan Dan Pampasan Perang
Setelah Nabi menyelesaikan urusan Khaibar, baginda melanjutkan perjalanannya sampai ke Fadak, daerah yang berada di bawah kekuasaan Yahudi. Ketika mereka mendengar kedatangan Nabi beserta pasukannya mereka mengajukan usul perdamaian. mereka juga bersetuju untuk memberikan separuh hasil kurma dari Fadak. Usul damai ini diterima oleh Nabi, dan Nabi membahagikan hasil itu kepada kaum Muslimin sesuai dengan kepentingan masing-masing.
Kemudian Nabi meneruskan perjalanan sehingga tiba di lembah Wadi Qura. Daereah ini terdiri dari beberapa desa yang dikuasai oleh kaum Yahudi, sepertimana Khaibar dan Thaima'. Akhirnya daerah ini dijadikan markas kaum Yahudi dan beberapa kabilah Arab. Nabi menyeru mereka kepada Islam dan jaminan keselamatan harta dan nyawa mereka.

Namun ajakan dan seruan Nabi ditolak dan mereka bersedia untuk berperang. Akhirnya peperangan ini juga tercetus dan kemenangan berpihak kepada kaum Muslimin. Keesokkan harinya kaum Yahudi terpaksa memberikan harta mereka sebagai rampasan perang kepada kaum Muslimin. Dan harta rampasan perang ini Nabi bahagi-bahagikan kepada para sahabatnya, manakala tanah dan pohon-pohon kurma yang ada di Wadil Qura ditinggalkan kepada kaum Yahudi untuk diusahakan dan tanah dan hasilnya akan dibahagi dua.
Apabila kaum Yahudi Thaima' mendegar kekalahan kaum Yahudi Khaibar, Fadak dan Wadil Qura, maka mereka segera mengajukan usul damai kepada Nabi saw, dan baginda menerima usul damai itu tanpa mengganggu harta mereka sedikit pun. Kemudian Nabi pulang semula ke Madinah.

Kaum Muhajirin Mengembalikan Harta Kaum Anshar
Kaum Muhajirin mengembalikan harta benda kaum Anshar apabila setibanya mereka di Madinah. Mereka mengembalikannya kepada kaum Anshar kerana mereka mendapat harta rampasan perang termasuk hasil pohon kurma dari Khaibar.
Setelah perang Khaibar ini, Rasulullah saw banyak mengirimkan Sariyah (sejumlah tentera yang tidak dipimpininya). Baginda menyerahkan pimpinan pasukan-pasukan itu kepada para sahabat yang terkemuka. Adakalanya pasukan itu berhadapan dengan musuh dan adakalanya juga tidak berperang.

PERANG BANU QURAIZAH  

Posted by BKMIP

Disebutkan dalam Ash-Shahihain bahawa ketika Nabi saw kembali dari Khandaq, Jibrail mendatangi baginda lalu berkata: Apakah kamu sudah meletakkan senjata? Demi Allah, kami belum meletakkannya. Berangkatlah kepada mereka!
Nabi saw bertanya:"Kemana?"
Jawab Jibrail: "Para Malaikat masih belum meletakkan senjata mereka. Dan Allah swt menyurumu untuk meneruskan perjalanan ke tempat Yahudi Banu Quraizah dan aku juga akan menuju ketempat mereka dan akan ku gonjang mereka."

Jawab Nabi sambil bereru kepada kaum Muslimin: "Barangsiapa yang mendengar dan mentaati, janganlah bersolat asar sebelum sampai ke Banu Quraizah".
Nabi saw memerintahkan kaum Muslimin supaya tidak seorang pun diantara mereka yang menunaikan solat asar kecuali setelah sampai di Banu Quraizah. Di tengah perjalan masuklah waktu asar, sebahagian mereka berkata, "Kami tidak akan solat sehingga kami sampai disana", Sebahagian lagi berkata: "Kami akan melakukannya, kerana bukan itu yang dimaksudkan oleh Nabi saw. Kemudian diantara mereka melaporkan perkara ini kepada Rasulullah saw, tetapi baginda tidak mengecam atau menegur salah seorang pun diantara mereka.

Rasulullah saw mengepung Bani Quraizah yang bertahan di benteng-benteng mereka, selama 25 malam, ada yang mengatakan selama 15 hari, sehingga mereka menyerah dan Allah swt melemparkan rasa tajut kedalam hati mereka.
Ibnu Hisyam meriwayatkan bahawa Ka'ab bin Asad berkata kepada orang-orang Yahudi, keran Rasulullah tidak akan berganjak meninggalkan mereka, dengan katanya: Wahai kaum Yahudi, kalian dapat melihat sendiri apa yang telah terjuadi kepada saudara kalian, aku tawrkan 3 alternatif, ambillah yang kalian suka".

Kaum Yahudi bertanya: "Apa itu?''
Jawab Ka'ab: ''Kita mengikuti Muhammad dan membenarkannya, kerana Demi Allah, tentu telah jelas bagi kalian bahawa dia adalah seorang Rasul yang telah diutus dan kalian juga telah menjumpai didalam kitab suci kalian. Dengan ini kalian pasti selamat"
Mereka menjawab: "Kami tidak akan melepaskan hukum-hukum kitab Taurat".

Kaab berkata lagi "Kalau itu keputusan kalian, mari perangilah Muhammad sehingga ketitik penghabisan nyawa kalian, dan meranalah anak-anak dan isteri-isteri kalian atau kalian pilih untuk berdamai,demi keselamatan anak-anak dan isteri kalian?
Akhirnya usulan Ka'ab diterima oleh kaum Yahudi Banu Quraizah
Setelah Kaum Yahudi setuju menerima keputusan Nabi saw, kaum Aus semuanya menemui baginda dan berkata:

"Ya Rasulullah! mereka (Yahudi Quraizah) adalah sahabat kami (aus) selain kaum Khazraj dan engkau telah berbuat baik terhadap sahabat baik kaum Khazraj (yahudi Banu Quraizah) kelmarin seperti yang engkau tahu".
Jawab Nabi: "Hai kaum Aus! tidakkah kamu rela jika aku serahkan keputusan hukum kepada seseorang dari kaummu?
Jawab kaum Aus: "Ya kami setuju"

Jawab Nabi: "Sebaiknya aku serahkan keputusan ini kepada Saad bin Muaz."
Kemudian Saad menghadap baginda dihadapan kaum Aus, lalu kaum Aus berkata: "Hai Abu Amru! berbuat baiklah pada sahabat kamu, sesungguhnya Rasulullah saw menyerahkan keputusan ini kepada kamu, agar kamu berbuat baik terhadap mereka".
Ketika kaum Aus banyak bersuara, Nabi berkata: "Kini telah tiba saatnya bagi Saad untuk menghukum (memberi keputusan) tanpa takut dicela seorang untuk berjalan dijalan Allah"
Jawab Saad: "Aku putuskan hukuman bagi mereka agar seluruh kaum lelaki dibunuh, harta mereka dibahagi dan anak-anak kecil serta kaum wanita mereka ditawan"
Atas keputusan Saad ini, Nabi bersabda:"Sesungguhnya kamu telah menjatuhkan hukuman atas mereka itu sesuai dengan keputusan Allah"

Peraturan perang yang diputuskan oleh Saad itu sepadan dengan peraturan yang ada pada syariat Banu Israel seperti yang tercantum dalam Bibel Perjanjian lama (Taurat)
"Jika kamu telah dekat dengan satu kota yang hendak kamu perangi ajaklah mereka untuk berdamai. Jika mereka bersedia untuk berdamai dan kota itu terbuka untuk kamu maka semua penduduk yang ada di kota itu akan tunduk kepada kamu dan sangat mudah bagi kamu. JIka mereka tidak bersedia untuk berdamai bahkan mereka siap untuk berperang dengan kamu maka kepunglah kota itu. Jika Tuhan memberikan kemenangan kepada kamu maka bunuhlah seluruh lelakinya dengan pedang, sedangkan kaum wanita maupun anak-anak kecil dan binatang-bimatang ternakan dan apa sahaja yang ada didalam kota itu dapat kamu miliki sebagai milikmu dan dapat kamu makan ghanimah yang diberikan oleh Tuhan kepada kamu dari musuhmu".

Peraturan diatas itu juga berlaku dikalangan umat Israel sejak dimasa para Nabi mereka seperti yang tercantum dalam kitab Taurat:
Artinya: Kemudian berperanglah mereka melawan Midiyan, seperti yang diperintahkan Tuhan kepada Musa, lalu membunuh semua laki-laki mereka, selain dari orang-orang yang terbunuh itu mereka juga membunuh raja-raja Midiyan yakni Ewi, Rekem, Zur, Hur, dan Reba, kelima raja Midiyan juga Bileam bin Beor dibunuh mereka dengan pedang. Kemudian Bani Israel menawan perempuan-perempuan Midiyan dan anak-anak mereka juga segala haiwan, segala ternakan, dan segenap kekayaan mereka dijarah dan segala kota kediaman mereka serta segala tempat perkhemahan mereka dibakar. ( Taurat: bilangan 31 ayat 7-8-9-10).

Kejadian itu terjadi dizaman Nabi Musa as. Demikian pula keputusan itu juga sepadan dengan apa yang ada didalam kitab Taurat:
Artinya: "Lalu pergilah Musa dan Imam Eleazar dan semua pemimpin umat itu sampai keluar tempat perkhemahan untuk menyongsong mereka. Maka gusarlah Musa kepada para kepala pasukan seribu dan para kepala pasukan seratus yang pulang dari peperangan. Dan Musa berkata kepada mereka: "Kamu biarkanlah semua perempuan hidup" (Taurat: bilangan 31 ayat 13-16)

Akhirnya dengan putusan Saad bin Muaz terhadap Yahudi Banu Quraizah itu Kota Madinah bersih dari segala sarang makar dan pemusuhan kaum Yahudi. Dengan ini kaum Muslimin merasa aman dari segala serangan dari belakang maupun dari kerusuhan dari dalam negeri.
Salam bin Abil Haqiq adalah orang yang pertama yang mengumpulkan tentera sekutu. Sedangkan sebelumnya kaum Aus telah membunuh Ka'ab bin Asyraf seorang pemuka Yahudi yang paling memusuhi Rasulullah. Dengan ini maka kaum Muslimin terjauh dari gangguan pemuka-pemuka yang memusuhi Islam dan kaum Muslimin serta seluruh gerakan anti Islam sehingga kaum Muslimin dapat beristirehat.

Kebijaksanaan yang dilakukan oleh Rasulullah saw terhadap kaum Yahudi Banu Quraizah itu merupakan kebijaksanaan yang perlu diambil sesuai dengan politik perang dan kebiasaan bangsa Arab dan Yahudi.
Memang kebijaksanaan setegas itu perlu sekali untuk diambil agar dapat dijadikan pengajaran bagi orang yang melanggar janji baik dimasa itu atau dimasa akan datang. Sehubungan dengan kejadian diatas, R.V.C Bodley pernah memberikan komentarnya dalam bukunya: 'The Messenger' - The Life of Mohammad, sebagai berikut: "Muhammad adalah satu-satunya orang di Jazirah Arabia. Negeri itu luasnya sepertiga luas Amerika Syarikat, jumlah penduduknya sebanyak lima juta jiwa. Sedikit pun tidak ada tentera yang dapat mengajak orang untuk menjalankan tenteranya kecuali hanya 3,000 orang tentera sahaja, dan tentera itu pula tidak mempunyai persenjataan lengkap. Jikia Muhammad pada waktu itu tidak mengambil tindakan tegas terhadap pengkhianat Yahudi Banu Quraizah pasti Islam tidak akan tegak di Jazirah Arabiah.

Sebenarnya pembunuhan terhadap Yahudi Banu Quraizah itu merupakan sesuatu yang keras, namun kejadian itu bukanlah merupakan satu-satunya dalam sejarah Islam. Tindakan itu dalam pandangan Islam adalah logik sekali. Kini kabilah-kabilah Arab maupun kaum Yahudi pasti tidak akan mencuba lagi untuk berbuat khianat atau melanggar janji kepada Muhammad, kerana mereka tahu bahawa perbuatan mereka itu akan mengakibatkan kerugian dan mereka mempercayai dan melihat sendiri kebenaran bahawa MUhammad pasti akan melaksanakan apa yang dikehendakinya."

Salah satu dari keuntungan penghancuran benteng Yahudi terakhir di Madinah adalah melemahkan semangat kaum Munafikin dan segala kegiatan mereka. Penghancuran tersebut banyak melenyapkan harapan mereka. Mereka adalah benteng Yahudi yang terakhir di Madinah. Sehubungan dengan kejadian itu, tidak terdengar lagi kegiatan kaum Yahudi dan permusuhan mereka terhadap Nabi atau pun kaum Muslimin.

Nabi mengutuskan sepasukan ke daerah Najeed. Pasukan Islam dapat menawan seoarng pemuka Bani Hanifah yang bernama Tsumamah bin Atsal. Sesampainya di Madinah, Tsumamah bin Atsal diikat pada salah satu tiang masjid Nabawi.
Ketika Nabi melalui ditempat Tsumamah bin Atsal terikat, baginda bertanya: "Hai Tsumamah bagaimanakah khabarmu?"

Jawab Tsumamah: "Hai MUhammad! Jika kamu membunuh bererti kamu membunuh seorang yang mempunyai darah (yang akan menuntut balas). Jika kamu lepaskan bererti kamu akan melepaskan seorang yang tahu berterima kasih, namun jika kamu memerlukan wang mintalah sesuka hatimu pasti kamu akan mendapatinya".

Setelah Nabi mendengar ucapan Tsumamah, baginda hanya berlalu sahaja. Pada kesempatan yang lain, baginda lalu lagi ditempat Tsumamaf diikat, dan bertanya seperti dikali yang lalu dan dijawab oleh Tsumamah sama seperti yang dahulu juga. Pada kali ketiga, ketika Nabi bertanya pada Tsumamah dengan pertanyaan yang sama seperti dahulu, ia tetap memberikan jawapan yang sama juga. Kemudian Baginda memerintahkan para sahabatnya untuk melepaskan ikatan Tsumamah.

Tsumamah menuju ke arah kebun kurma dekat masjid Nabawi untuk mandi, setelah itu Tsumamah segera kembali kehadapan Nabi untuk menyatakan keislamannya sambil berkata: "Demi Allah, sebelumnya tidak ada sesuatu wajah yang ada dimuka bumi ini yang lebih ku benci dari wajahmu, namun sekarang wajahmu adalah wajah yang paling kusenangi. Demi Allah
dahulunya tidak ada sesuatu agama yang ada dipermukaan bumi ini yang lebih ku benci melainkan agamamu, namun kini agamamu adalah agama yang paling ku senangi. Pasukan kudamulah yang menangkapku ketika aku hendak berumrah".
Nabi sangat gembira apabila mendengar jawapan dari Tsumamah ini, dan baginda menyuruhnya untuk berumrah.

Ketika Tsumamah bertemu dengan kaum Quraisy di Mekah, mereka berkata: "Hai Tsumamah kamu telah tertipu!"
Jawab Tsumamah: "Demi Allah aku tidak tertipu, tetapi aku masuk Islam bersama Muhammad saw, Demi Allah sekarang tidak akan datang lagi sebiji gandum pun kepada kamu dari Yamamah sebelum mendapat izin dari Rasulullah saw."

(Yamamah adalah merupakan suatu desa yang berhampiaran dengan kota Mekkah)
Setelah Tsumamah tiba didusunnya, ia melarang pengikutnya untuk mengirim gandum ke Mekkah, sehingga kaum Quraisy merasa payah sekali dengan tindakan Tsumamah itu. Akhirnya kaum Quraisy menulis surat pada Nabi agar baginda menulis surat kepada Tsumamah untuk meneruskan pengiriman bahan makanan kepada mereka. Nabi mengabulkan permintaan mereka.

PEPERANGAN BADAR  

Posted by BKMIP

Firman Allah swt didalam Al-Quran:
Yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu ketika itu adalah orang-orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya”. (Ali Imran:123)
Perang Badar merupakan “purnama” dalam sejarah kemanusiaan yang menerangi jalan para penempuh jalan.

Perang Badar merupakan “purnama” yang bersinar dilangit dan diraikan oleh para malaikat. Para malikat yang ikut serta dalam peperangan ini menjadi para malaikat yang palin utama.
Perang Badar juga mereupakan “purnama” dibumi dan dikalangan penduduknya. Orang-orang yang ikut serta benar-benar menjadi purnama yang cahayanya menerangi seluruh isi kehidupan mereka.

Perang Badar merupakan “purnama” yang menjadi garis pemisah antara kebenaran dan kebatilan. Juga menjadi mahkota kebanggaan diatas setiap pahlawan yang ikut serta berjuang didalamnya, dan didalam masyarakat Islam tidak ada seorang pun yang dapat mengungguli keutamaan para mujahidin Badar.

PERANG BADAR KUBRA
17 RAMADHAN TAHUN KEDUA HIJRAH.

(Sebab Terjadinya Peperangan dan sasarannya)
Sesungguhnya antara Rasulullah saw dan puak Quraisy sedang dalam keadaan perang sejak hari pertama Nabi saw melakukan hijrah ke Madinah. Dalam keadaan perang harta dan darah musuh adalah dihalalkan. Apalagi jika kita ketahui bahawa sebahagian harta yang ada didalam kafilah-kafilah dagang Quraisy itu milikkaum Muhajirin dari kalangan kaum Muslimin Mekah. Harta itu dikuasai kaum Musyrikin Mekah secara aniaya dan tidak sah.

Sejak lama pemusuhan antara kaum Muslimin dan Musyrikin berlangsung, kaum Musyrikin sentiasa berusaha untuk memusuhi dan menghalangi tersiarnya Islam dengan pelbagai cara. Mereka menghamburkan harta yang banyak demi untuk memenuhi hasrat mereka dan untuk tujuan melemahkan potensi kaum Muslimin. Mereka juga tidak putus-putus menyeksa dan mengadakan gangguan serangan di perbatasan kota Madinah

Pada hari ke 12 bulan Ramadhan tahun ke2 hijrah Rasulullah saw menfetahui bahawa kafilah dagang Quraisy datang dari Syam, lalu Rasulullah saw bersabda kepada kaum Muslimin yang ada disisinya.

“Ini adalah kafilah dagang Quraisy yang membawa harta kekayaan mereka. Keluarlah kepadanya, mudah-mudahan Allah menjadikannya sebagai pampasan bagi kalian.”
Perlu disebutkan bahawa kafilah ini tidak seperti kafilah-kafilah yang lain. Bila menguasainya maka akan mematikan bagi perekonomian Quraisy. Keran didalam kafilah dagang ini terdapat 1000 ekor unta dan 50,000 dinar emas.
Kaum Musyrikin mengungkapkan tentang bahaya penguasaan terhadap kafilah ini dengan perkataan mereka: “jika Muhammad berhasil menguasainya maka kalian tidak akan berjaya selamanya”.

Perang Badar merupakan peperangan bersenjata yang pertama kali berlaku diantara pembela kebenaran dan pendukung kebatilan. Keran didalam pertempuran inilah ditentukan nasib kaum Mu’minin dan Musyrikin. Sehinggan Nabi saw bermunajat dengan doa agar Allah memberikan kemenangan yang besar kepada kaum Muslimin.

Orang yang pernah membaca sirah Nabi saw didalam perang Badar dan semua perang yang pernah dilakukannya, pasti akan mengetahui betapa besar perhatian Nabi saw teerhadap langkah dan pelbagai tektik peperangan dan analisis terhadap pergerakan musuh. Oleh sebab inilah Rasulullah menghantar sebilangan kecil pasukannya untuk mengintai pasukan musuh. Pada kebiasaannya sebelum keberangkatan pasukan perang, Rasulullah saw akan mengutus satu pasukan kecil untuk menjelajah wilayah dihadapannya, sebagai langkah terhadap serangan hendap dan sebagai langkah berjaga-jaga.

Ketika Nabi saw mendengar berita mengenai kemaraan tentera Quraisy dibawah pimpinan Abu Sufian, Nabi berbincang dengan para sahabatnya, baginda ingin mengetahui bagaimanakah sambutan kaum Ansar terhadap gagasan baginda untuk membela Nabi di negeri mereka.
Sewaktu hendak berangkat dari kota Madinah baginda mengajukan adakah kaum Muhajirin berkesanggupan untuk berperang. Baginda mengulanginya sehingga 3 kali untuk mengetahui pendapat mereka. Kaum Muhajirin bersetuju dan sanggup bersama-sama Nabi menghadapi musuh Islam didalam peperangan ini, setelah melihat persetujuan kaum Muhajirin, kaum Ansar baru mengerti bahawa pertanyaan Nabi ini sebenarnya ditujukan kepada kaum Ansar. Lantas Saad bin Muaz bangkit dan berkat: “Ya Rasulullah, seolah-olah engkau mengkehendaki kami. Mungkin engkau takut jika kaum Ansar tidak akan membelamu kecuali dinegeri mereka sahaja. Aku berbicara atas nama kaum Ansar dan aku menjawab atas nama mereka.

Pergilah kemana saja sesukamu, sambunglah tali persahabatan yang engkau senangi dan putuskan tali yang engkau senangi. Ambillah dari harta kami sesukamu dan berikan kepada sesiapa sesuka hatimu. Apa yang engkau ambil dari harta kami itu lebuh kami senangi daripada engkau sisakan. Segala perintahmu akan kami laksanakan. Demi Allah jika engkau berjalan sampai Brakal Ghamad (Yaman) pasti kami akan berjalan bersamamu dan jika engkau mengajak kami untuk mengharungio lautan ini pasti kami akan mengharunginya bersamamu pula”.


Berkata pula Miqdad ibnul Aswad sebagai sambutan selepas Saad bin Muaz:
“Kami tidak akan mengatakan seperti apa yang dikatakan oleh kaum Musa kepada Musa: “Pergilah engkau beserta Tuhanmu dan berperanglah engkau berdua dan kami akan duduk disini”. Tetapi kami…..akan berperang disisimu kanan, kiri, depan dan belakangmu.”
Ketika Nabi saw mendengar penyataan para sahabatnya baginda bergembira dan baginda berkata sambil muka yang berseri-seri: “Berangkatlah kalian dan bergembiralah kalian”.
Semasa kaum Muslimin berangkat ke medan peperangan Badar, seorang pemuda yang berumur 16 tahun, namanya Umairf bin Abi Waqas, takut kalau kalau dia tidak dibenarkan menyertai peperangan kerana disebabkan faktor umurnya yang masih muda.

Kerana itulah beliau keluar dengan cara sembunyi-sembunyi agar tidak diketahui oleh sesiapa pun. Abangnya (Saad bin Abi Waqas) yang melihat hal itu bertanya apakah sebab beliau bersembunyi-sembunyi begini? Jawab Umair: “Aku takut kalua Nabi menyuruhku kembali sedangkan aku ingin mati syahid di medan petempuran”.

Apabila Nabi mengetahui kejadian itu beliau hampir sahaja menyuruhnya kembali ke Madinah kerana Umair bin Abi Waqas masih belum cukup umurnya untuk berperang. Namun kerana Umair menangis minta diizinkan oleh Nabi untuk ikut berperang, Nabi kasihan melihatnya dan terharu diatas semangat jihad dan kesungguhan Umair, akhirnya Nabi membenarkannya. Maka terkabullah cita-cita Umair dan beliau adalah salah seorang yang gugur di medan peperangan Badar sebagai syahid.

PERBEZAAN JUMLAH DAN PELENGKAPAN PEPERANGAN ANTARA KAUM MUSLIMIN DAN KAUM MUSYRIKIN

Setelah lengkap segala persiapan, Nabi saw beserta kaum Muslimin hanya berjumlah 313 orang. Dan dari jumlah yang sebesar itu, yang bekenderaan kuda hanya 2 orang sahaja, dan yang berkenderaan unta hanya 70 orang, dan yang selebihnya tidak berkenderaan. Mereka bergilir-gilir dengan orang yang menaiki kenderaan. Satu-satu kenderaan adakalanya dinaiki sehingga 2-3 orang secara bergantian. Tidak ada perbezaan antara tentera dan pemimpinnya. Bahkan Rasulullah saw pun bergantian dengan Abu Bakar, Umar dan sahabat-sahabat besar lainnya.

Nabi memberikan panji-panji Islam kepada Musa’ib dan Umair. Dan bendera Muhajirin diserahkan kepada Ali bin Abi Thalib dan bendera kaum Anshar diberikan kepada Saad bin Muaz.
Apabila Abu Sufian mendengar khabar berita keluarnya pasukan Islam, ia memilih jalan pesisiran pantai sehingga ia selamat. Setelah kafilah dagang yang dipimpinnya merasa selamat dari kejaran kaum Muslimin, ia menulis surat kepada kaum Quraisy yang tengah dalam perjalanan ke Badar. Dalam surat itu ia menasihatkan sebaiknya tentera Quraisy balik ke Mekah, kerana kafilah dagang mereka telah selamat. Dan pasukan Quraisy hampir-hampir sahaja berpatah balik ke Mekah jika tidak dihalangi oleh Abu Jahal. Jumlah pasukan Quraisy waktu itu lebih dari 1000 orang. Bergabung didalamnya sejumlah pemuka-pemuka Quraisy dan pahlawan-pahlawan mereka. Sepertimana yang disyaratkan oleh Nabi saw dalam pesanannya kepada kaum Muslimin sebelum peperangan: “Inilah kota Mekah telah mengerahkan kepadamu seluruh inti-inti pasukan”.

Kaum Quraisy tetap meneruskan perjalannya sehingga sampai di lembah Badar. Sedangkan kaum Muslimin berhenti di lembah Badar yang lain. Ketika kaum Muslimin berhenti disana Khubab ibnul Munzir berkata kepada Rasulullah saw:
“Ya Rasulullah, adakah tempat yang kami berada ini suatu tempat yang ditunjukkan oleh Allah yang kami tidak dapat melanggarnya sedikit pun ataukah hanya tempat yang engkau pilih mengikut pendapatmu sendiri dan taktikmu? Jawab Nabisaw: “Tempat ini ku pilih menurut fikiranku”

jawab Khubab: “Tempat ini tidak strategik untuk berperang”.
Kemudian dia menunjukkan tempat yang lebih strategik. Anjuran Khubab itu disambut oleh Rasulullah dengan gembira sekali dan segera baginda bangkit menuju ketempat yang ditunjukkan oleh Khubab yang mana merupakan tempat yang lebih dekat dari sumber air dari kaum Quraisy.
Ini menunjukkkan sifat Rasullulah yang menerima cadangan dari para sahabatnya dan tidak mementingkan diri baginda tanpa mengira siapa, jika syor itu pada pendapatnya boleh mendatangkan kebaikan, maka syor itu diterima dengan hati terbuka dan gembira.
Akhirnya Rasulullah beserta pasukannya sampai lebih dahulu ke tempat mata air ditengah malam. Kemudian kaum Muslimin membuat kolam-kolam air. Pada malam harinya Allah menurunkan hujan di sekitar daerah itu. Hujan itu menjadikan tempat kaum Musyrikin banjir sehingga mereka sukar untuk bergerak. Sebaliknya pula bagi kaum Muslimin, hujan tersebut merupakan satu rahmat dan dapat memandatkan pasir tempat mereka berpijak, sehingga mereka mudah bergerak maju dan hati mereka bertambah yakin dan kuat. Sehubungan dengan peristiwa ini Allah swt menurunkan ayat:

Yang bermaksud: “Dan Dia (Allah) menurunkan kepada kamu air (hujan) dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan untuk menghilangkan dari kamu bisikan-bisikan syaitan dan untuk memperteguhkan hati kamu dan memperteguh tempat berpijak kaki-kaki kamu dengannya.” (Al-Anfal:11)
Rasulullah sebagai panglima perang.
Rasulullah saw selain sebagai seorang Nabi yang bertugas menyampaikan risalah Allah kepada umat manusia. Baginda juga dapat menjadi panglima perang yang bijak mengenai seluk belok dan taktik peperangan. Baginda juga mampu menangkis serangan musuh dan dapat mengagak taktik musuh beserta perlengkapannya.

Antara persiapan peperangan ini ialah para sahabat membangaunkan satu tempat yang tinggi yangmana darinya Rasulullah dapat melihat dan menyaksikan peperangan dan memberikan segala arahannya. Kemudian Rasulullah saw menunjukkan tempat-tempat terbunuhnya musuh-musuh Islam. Dengan kekuasaan Allah mereka yang telah disebutkan namanya oleh Nabi itu mati dan terbunuh ditempat yang diisyaratkan oleh Nabi tanpa da yang tertinggal walau seorang pun.

Ketika barisan kaum Musyrikin mulai datang dan kedua pasukan saling berhadapan, baginda bermunajat dan seraya berdoa:
“Ya Allah, inilah kaum Quraisy yang datang dengan segala kecongkakan dan kesombongannya untuk memerangi Engkau dan mendustakan Rasulmu”.
Rasulullah melihat perbezaan yang amat jauh diantara kedua-dua belah pasukan. Baginda merasakan tiada jalan yang terbaik melainkan memohon agar Allah menghantarkan pertolongannya. Baginda benar-benar bertadharu’ dihadapan Allah memohon bantuan bagi tentera Islam yang jumlahnya serta perlengkapannya serba kekurangan.
Dalam doanya baginda berkata: “Ya Allah, jika Engkau binasakan pasukan ini (Islam) tak akan disembah lagi Engkau dimuka bumi ini. Ya Allah penuhilah janjimu kepadaku. Ya Allah, berikanlah pertolonganmu”.

Baginda berdoa sambil mengangkat tangannya keatas sehingga kain serbannya terjatuh dari bahu baginda. Melihatkan akan hal ini Abu Bakar sering menenangkan hati Nabi kerana merasa kasihan melihat Nabi memperbanyakkan bermunajat kepada Allah untuk memohon pertolongan.
Sewaktu kedua pasukan mulai hendak berperang, Nabi berseru untuk membakar semangat jihad kepada kaum Muslimin:
“Bangkitlah kalian menuju syurga yang seluas langit dan bumi”
Orang Islam yang pertama gugur syahid.
Setelah selesai Nabi berseru yang sedemikian tadi..Umair bin Humam al-Ashari bangkit dan bertanya kepada Nabi: “Ya Rasulullah apakah syurga itu seluas langit dan bumi?’’
Jawab Nabi: “Ya”
Kata Umair selanjutnya: “Sungguh untung,sungguh untung”
Tanya Nabi: “Apakah yang menyebabkan kamu berkata demikian?’’
Jawab Umair: “Aku berharap semoga aku termasuk orang yang memperolehi syurga”
Jawab Nabi: “Kamu adalah salah seorang yang mendapat syurga”.
Kemudian Umair mengeluarkan bekalannya iaitu beberapa biji kumar dan dimakannya. Kemudian ia berkata: “Kalau aku tunggu habisnya buah kurma ini beerti amat lama hidupku”.
Buah kurma itu segera dilemparkan ke tanah dan ia mara ke medan peperangan sehingga ia gugur sebagai syahid. Umair adalah orang pertama yang gugur sebagai syahid di medan peperangan Badar.
Semua pasukan tetap didalam barisan masing sambil berzikir dan tetap bersabat dan menyerahkan segala-galanya kepada Allah swt. Nabi sendiri mara kehadapan memerangi musuh dengan kesungguhan.
Dihari itu juga Allah menurunkan rahmatnya dan pertolongannya kepada kaum Muslimin. Allah menurunkan sejumlah malaikat yang ikiut berperang disamping kaum Muslimin. Kejadian ini dicatat oleh Allah dalam Al-Quran:
Ertinya: ‘Ingatlah, ketika Tuhanmu mewahyukan kepada para Malikat: Sesungguhnya Aku bersama kamu, maka teguhkanlah pendirian orang-orang yang beriman, kelak akan aku jatuhkan rasa ketakutan kedalam hati orang-orang kafir. Kerana itu penggallah mereka dan putuskanlah tiap hujung jari mereka”. (Al-Anfal:12)

Didalam peperangan ini juga membaranya semangat jihad yang meluap-luap disetiap hati kaum muslimin begitu juga dengan 2 orang anak remaja yang masing-masing berlumba-lumba untuk mencapai cita-cita mereka iaitu mati syahid.
Sehubungan dengan ini Abdurrahman bin Auf menceritakan:
“Di hari peperangan Badar ketika aku ditengah barisan, setiap kali aku menoleh jke kanan dan kekiriku aku dapati 2 orang pemuda yang masih muda sekali usianya. Aku khuatir akan keselamatan keduanya. Tiba-tiba salah seorang dari mereka membisikkan sesuatu ke telingaku: “Hai paman tunjukkan kepadaku yang manakah Abu Jahal itu? Jawabku: “Apa maksudmu dengannya?” jawab pemuda itu: “Aku telah bersumpah jika aku bertemu dengannya akan kubunuh atau aku mati syahid kerananya”. Kemudian kata seorang lagi seperti yang dikatakan oleh pemuda yang pertama tadi. Setelah dekat aku tunjukkan kepada kedua pemuda si Abu Jahal itu. Keduanya segera menyerang Abu Jahal dengan pedangnya seolah-olah dua ekor rajawali. Kedua pemuda itu adalah dua bersaudara ibnu Afra”.
Setelah Abu Jahal terbunuh, Rasulullah saw menyambutnya dengan sabdanya:
“Abu Jahal ini adalah Fir’aunnya umat ini”.
Akhirnya kemenangan di medan pertempuran Badar berpihak kepada kaum Muslimin. Maha besar Allah, dia menunjukkan kekuasaannya, yangmana kaum Musyrikin sudah berkira-kira bahawa kemenangan akan menjadi milik mereka, mereka mempersiapkan segalanya demi menyambut kemenangan itu, tetapi akhirnya kebenaran tetap berada diatas kebatilan.
Rasulullah saw berseru: Ertinya: “Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janjiNya dan menolong hambaNya serta mengalahkan musuhNya.”
Didalam peperangan ini kaum musyrikin Quraisy terbunuh sebanyak 70 orang dan tertawan 70 orang. (Sahih Bukhari dari Barra’bin Azib)

Kaum Muslimin yang gugur syahid pula hanya seramai 14 orang sahaja. Enam orang dari kaum Muhajirin dan 8 orang dari kaum Anshar.
Pengaruh Perang Badar.
Setelah kaum Muslimin memperolehi kemenangan di Badar, Rasulullah dan pasukannya kembali semula ke Madinah. Semua yang memusuhi baginda mula merasa gentar dan takut untuk memusuhi kaum Muslimin. Dengan sebab ini juga jumlah orang yang memeluk Islam semakin bertambah.
Sebelum Rasulullah saw tiba di Madinah, baginda mengutus 2 orang utusan untuk menyampaikan khabar gembira mengenai peperangan ini. Salah seorang dari utusan itu ialah Abdullah bin Rawahah. Abdullah berseru kepada orang-orang Madinah:
Ertinya: “Hai kaum Anshar, bergembiralah kalian dengan kemenangan Nabi Muhammad saw. Dan terbunuh, dan tertawannya kaum Musyrikin”
Kemudian Abdullah menyebutkan nama beberapa pemuka Quraisy yang terbunuh di Badar. Berita tersebut dikhabar kesetiap rumah orang Anshar. Berita itu disambut dengan nyanyian pantun oleh anak-anak kecil bagi menunjukkan kegembiraan dan kesyukuran. Sebahagian dari mereka masih ada yang ragu-ragu dan sebilangan mereka pula yakin dengan berita yang disampaikan oleh Abdullah itu. Sehinggalah tibanya kedatangan Nabi saw dengan sejumlah tawanan yang diawasi oleh Syarqam. Baginda disambut dengan gembira oleh kaum Muslimin apabila baginda dan pasukannya tiba disuatu tempat yang bernama Rauha’.
Semua hati orang yang memusuhi kaum Muslimin diselubungi oleh perasaan takut. Abu Sufian sendiri bernazar tidak akan mencuci kepalanya dengan air sebelum dapat memerangi Rasulullah dan kaum Muslimin. Perasaan kaum Muslimin yang bersembunyi di Mekah dipenuhi dengan kegembiraan serta bertambah teguhnya iman dan keyakinan mereka terhadap Islam.
Sikap Kaum Muslimin Terhadap Musuh.
Nabi saw berwasiat kepada para sahabatnya agar tetap berlaku baik terhadap tawanan seperti yang tercantum dalam sabda baginda:
“Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu berbuat baik terhadap mereka”.
Sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Aziz bin Umair tentang sikap kaum Muslimin terhadap tawanan adalah seperti berikut: “Aku ditawan di tengah keluarga Anshar, sekembalinya dari Badar. Jika tiba waktu makan siang ataupun makan malam mereka selalu memberikan aku sepotong roti sedangkan mereka sendiri terpaksa makan kurma, kerana mereka dipesan oleh Nabi untuk berlaku baik terhadap tawanan. Setiap kali mereka memperolehi sepotong roti, mereka akan memberikannya kepadaku, sehingga aku malu atas perlakuan baik yang mereka lakukan. Maka aku kembalikan roti itu kepada mereka. Namun roti itu tetap diberikan kembali kepadaku.
Seluruh tawanan perang dalam pandangan Islam harus diperlakukan sama tiada beza diantara keluarga terdekat atau orang lain.

Nabi memaafkan semua tawanan perang Badar. Mereka diminta untuk membayar tebusan untuk diri mereka bagi mampu. Harga tebusan itu ditentukan menurut keadaan ekonomi mereka. Seseorang yang tidak mampu membayar tebusan mereka dimaafkan oleh Nabi, dan dibebaskan begitu sahaja. Dengan adanya ketetapan ini, maka kaum Quraisy mulai mengirim wang tebusan mereka kepada kaum Muslimin agar para tawanan itu segera dibebaskan.

Sebahagian para tawanan yang tidak mampu membayar tebusan, Nabi memerintahkan mereka untuk mengajar sepuluh orang anak kaum Muslimin membaca dan menulis. Setiap orang diminta untuk mengajar 10 orang anak kaum Muslimin. Zaid bin Thabit termasuk salah seorang yang belajar dengan cara ini. Kebijaksanaan semacam ini sudah tentu adalah satu usaha memajukan bidang pendidikan dan memberikan semangat kepada orang untuk belajar membaca dan menulis.

BKMIP

BERITA SEMASA